Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium, dll) yg meng­hasil­kan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat dan berbahaya; keradioaktifan sifat nuklid yg secara spon­tan memancarkan sinaran yg mengion. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : ist mempunyai atom yg memecah dan mengeluarkan sinar dlm bentuk zarah bercas elektrik yg dpt menembusi benda legap dan memberi kesan elektrik (bkn unsur spt radium, uranium). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radioaktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radioactive tracerpenyurih radioaktifKejuruteraanPetroleumBahan radioaktif yang disuntikkan ke dalam telaga untuk meninjau pergerakan bendalir di dalam telaga berkenaan atau pada sistem talian paip yang mengalirkan bendalir dari telaga yang terlibat tinjauan ini dilaksanakan dengan melakukan survei penyurih dengan menggunakan alat pengesan radioaktif. Bahan radioaktif tersebut berupa gas, cecair atau pepejal. Bahan radioaktif yang umum digunakan untuk tujuan di atas ialah karnotit. Rujuk : survei penyurih.
sealer sourcesumber termateriFizikAtom dan NuklearSumber bahan radioaktif yang kuantitinya diketahui dan dipateri dalam kapsul atau di antara lapisan bahan bukan radioaktif, atau dilekatkan erat pada permukaan bukan radioaktif secara elektroplat dengan tujuan menghalang kebocoran atau pelepasan bahan radioaktif tersebut. Sumber radioaktif ini khusus disediakan dan disimpan untuk tujuan penggunaan pancaran sinaran.
radioactive contaminationkontaminasi radioaktifHerbaTiadaPencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif.
radioelementunsur radioaktifGeologiTiadaIsotop radioaktif suatu unsur atau suatu sampel yang terdiri daripada satu atau beberapa isotop radioaktif suatu unsur.
radioactive wastesisa radioaktifKejuruteraanTiadaBahan radioaktif yang tidak diingini terhasil daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif.
radioactive wastesisa radioaktifKejuruteraanTiadaBahan radioaktif yang tidak diingini terhasil daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif.
parent nuclidenuklid indukFizikAtom dan NuklearNuklid radioaktif yang mengalami pereputan radioaktif dan membentuk nuklid anak. Contohnya, nuklid induk Mo-99 mereput kepada Tc-99.
deactivationpendeaktifanKejuruteraanTiadaProses menjadi tak aktif, misalnya menghilangkan kesan radioaktif daripada bahan radioaktif.
deactivationpendeaktifanPerubatanTiadaProses menjadi tak aktif, misalnya menghilangkan kesan radioaktif daripada bahan radioaktif.
deactivationpendeaktifanKimiaTiadaProses menjadi tak aktif, misalnya menghilangkan kesan radioaktif daripada bahan radioaktif.
12345678910...

Kembali ke atas