Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio.gra.fi] | راديوݢرافي

Definisi : (Ubat) penggambaran struktur dlm tubuh pd filem dgn menggunakan sinar-X atau sinar lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio.gra.fi] | راديوݢرافي

Definisi : ist penggambaran struktur dlm tubuh pd filem dgn menggunakan sinar-X atau sinar gama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radiografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
X-ray radiographyradiografi sinar-XTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar-X sebagai punca sinaran. Lihat juga ujian radiografi.
computed radiography (CR)radiografi terhitung (CR)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang digunakan untuk mengubah sistem analog pada radiografi konvensional kepada radiografi digital. CR menggunakan piring imejan fosfor yang fleksibel untuk menangkap imej digital. Apabila piring imejan didedahkan kepada sinar-X atau sinar gamma, lapisan fosfor pada piring akan menyimpan imej tersebut. Piring imejan ini seterusnya dibaca oleh pengimbas dan cahaya laser yang terfokus akan mengeluarkan imej yang tersimpan dalam bentuk cahaya foton. Cahaya ini akan dikumpul dan ditukarkan kepada isyarat digital yang akan diproses dan dipaparkan pada komputer.
radiographic filmfilem radiografiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedia pengimejan yang digunakan untuk merekodkan imej bahan selepas bertindak balas dengan sinar pengionan. Filem radiografi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu lapisan pelindung, lapisan emulsi dan lapisan dasar. Imej radiografi terbentuk pada awalnya di lapisan emulsi yang dikenali juga sebagai imej terpendam. Imej ini diproses secara tindak balas kimia, dan menghasilkan imej radiografi.
neutron radiographyradiografi neutronTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi yang menggunakan neutron sebagai punca sinaran. Penyerapan sinar-X dan sinar gama secara langsung bergantung pada nombor atom dan ketumpatan bahan, manakala penyerapan neutron bergantung pada elemen bahan. Contohnya, bahan organik atau air jelas kelihatan dalam radiografi neutron kerana kandungan hidrogen yang tinggi, manakala struktur bahan seperti aluminium dan keluli adalah hampir telus.
gamma radiographyradiografi gamaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar gama sebagai punca sinaran. Contoh punca sinar gama ialah Iridium-192, Kobalt-60 dan Selenium-75.
Radiographic Testing (RT)ujian radiografi (RT)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu kaedah pengujian tanpa musnah yang menggunakan sinaran pengionan seperti sinar-X, sinar gama, dan neutron. Ujian radiografi digunakan untuk melihat perubahan struktur atau mengesan kecacatan dalaman dan luaran.
penumbrapenumbraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman.
double wall single image techniqueteknik dinding kembar imej tunggalTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik dedahan radiografi yang menggunakan sinaran pengion serta menembusi dua lapisan dinding dan menghasilkan dua imej atas filem radiografi. Teknik ini lazimnya digunakan dalam pengujian ke atas paip yang berdiameter dengan garis pusat lebih daripada 90 mm.
single wall single image techniqueteknik dinding tunggal imej tunggalTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik dedahan radiografi yang menggunakan sinaran pengion serta menembusi satu lapisan dinding dan menghasilkan satu imej atas filem radiografi. Teknik ini lazimnya digunakan dalam pengujian ke atas plat atau paip yang berdiameter besar.
film cassetteskaset filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSarung berbentuk plastik yang digunakan untuk memasukkan filem radiografi ke dalamnya. Sarung ini berfungsi untuk melindungi filem daripada dedahan cahaya dan sebarang kerosakan seperti calar dan habuk semasa kerja-kerja radiografi.
12345678910...

Kembali ke atas