Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rah.mat]/[rah.mat] | رحمة

Definisi : Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; di­pohon­kan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup pada­nya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, meng­anugerahi, mengurniai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rah.mat]/[rah.mat] | رحمة

Definisi : 1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rahmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan rahim: belas kasihan, ihsan,

2. Bersinonim dengan kurniaan: berkat, restu, anugerah, limpahan, ganjaran, balasan,
Berantonim dengan laknat

3. Bersinonim dengan hikmat: faedah, kegunaan, keuntungan, tuah, kebaikan, fadilat,

Kata Terbitan : merahmati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rahmat RamliView Profile 3:13PM Rahmat Ramli Rahmat apakah sudah tiada lagi biasiswa sarjana tun syed nasir?..Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224.Lain-lain01.06.2016
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul?Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.Tatabahasa08.08.2010
Rahmat Ramli 9.57 PAGI Mohonlah DBP dapat usahakan sedikit peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengambilan Munsyi Dewan pada tahun ini, jika sebelum-sebelum ini pemohon/calon Munsyi Dewan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos, tapi tahun ini, kami terpaksa keluarkan kos, Bahasa Melayu bahasa ibunda kita, Munsyi Dewan antara pejuang Bahasa Melayu kita, selayaknya diberi penghargaan..Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami salurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain11.09.2017
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmatAyat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmatTatabahasa07.08.2010
1.Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yg banyak. 2.Rahmat kelihatan sugul apabila memikirkan tugasannya yg banyak. Ayat 1 atau 2 yg paling tepat..Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yang banyak. Bingung bermaksud tidak tahu apa yang hendak dibuat.Tatabahasa17.03.2014
Salam sejahtera pihak DBP. Ada kemusykilan. Ayat yang mana betul? A) Semoga roh allahyarham dicucurkan rahmat daripada Allah ATAU B) Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah. C) Semoga Allah mencucurkan@mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Terima kasih ya.Ayat yang betul ialah "Semoga Allah mencucurkan/mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham." Tatabahasa19.12.2022
Mengapa kata RAHMAH tidak terdapat dalam tesaurus DBP? Adakah ini bermakna kata RAHMAH sinonim dengan kata RAHMAT? Mohon pencerahan

"Rahmah" dan "Rahmat" berasal daripada bahasa Arab, iaitu رحم dan kamus DBP merekodkan perkataan rahmat sahaja. Oleh itu, "Rahmah" bersinonim dengan "Rahmat".

Lain-lain23.02.2023
Minta penjelasan untuk ayat berikut. Ayat manakah yang betul? i) semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t ii) semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t Terima kasih.Semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah SWT.Tatabahasa13.02.2013
Rahmat Ramli RAB 12.24 PTG Rahmat Ramli salam tuan, mohonlah/usahakanlah agar pengambilan munsyi dewan pada tahun ini mendapat tajaan daripada kpm mahupun agensi luar, selayaknya munsyi dewan mendapat penghargaan kerana merekalah merupakan salah satu komponen yang memperjuang bahasa melayu kita..Terima kasih atas cadangan yang tuan berikan. Kami akan kemukakan cadangan ini kepada bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain30.08.2017
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih.1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau.
2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang.
4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi".
6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.
Tatabahasa04.01.2013
1234

Kembali ke atas