Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk me­mulia­kan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. meng­ada­kan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak Batin mereka; keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Mau­lud Nabi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan bijirin yg bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak, wiski dsb, Secale cereale. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meraikan menghormati seseorang dgn mengadakan keramaian atau jamuan: Mereka telah mengadakan majlis makan malam utk ~ sahabat mereka yg baru pulang dr Jerman. keraian hal menghormati seseorang dgn mengadakan jamuan atau keramaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rai
Kata Terbitan : meraikan, keraian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAI UMUM 
ERGOT

Ergot ialah kulat parasit yang menyerang

gandum, barli, rai, dan banyak rumput liar dan

rumput tanaman.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 

Kembali ke atas