Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Council of RulersMajIis Raja-rajaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja.
divineketuhananSejarahTiadaSifat sesuatu atau seseorang yang disamakan dengan tuhan, berdasarkan ciri-ciri ketuhanan yang ada padanya, biasanya dikaitkan dengan kuasa mutlak raja.
constitutional monarchynegara raja berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem kerajaan yang meletakkan kuasa raja atau monarki tertakluk kepada perlembagaan. Dalam sistem ini, raja tidak memiliki kuasa mutlak dan dihadkan serta tertumpu kepada urusan tertentu sahaja seperti menjadi ketua agama, adat istiadat dan bersifat keraian. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, raja terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri atau menteri. Dalam konteks sosial pula, raja perlu mematuhi undang-undang dan boleh dihukum sekiranya melanggar peraturan. Contohnya, Malaysia, Thailand, Jepun dan Denmark.
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

actual powerkuasa hakikiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh individu, organisasi atau pemerintah yang sah dan diterima ramai. Kuasa ini mempunyai hak mutlak dalam membuat, meminda dan menggubal sesuatu dasar atau tindakan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Contohnya, kuasa hakiki dalam menentukan sesuatu perubahan atau pemindaan ke atas hal ehwal agama Islam di Malaysia, terletak di bawah tanggungjawab Majlis Raja-raja. Justeru itu, sebarang pindaan atau perubahan yang dibuat oleh badan atau organisasi lain tanpa persetujuan Majlis Raja-raja berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dianggap tidak sah kerana tidak memiliki kuasa hakiki.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikHubungan AntarabangsaKuasa sesuatu pihak yang tidak dibatasi oleh peraturan atau undang-undang. Kuasa tersebut sering dikaitkan dengan bentuk pemerintahan yang bersifat diktator. Contohnya, pemerintah yang berkuasa mutlak ialah Raja Louis ke-XIV (1643 � 1715) di Perancis. Kemuncak kemutlakan kuasanya menyebabkan beliau mendakwa bahawa khazanah negara sebagai milik peribadinya. Perkara ini terkandung dalam ungkapan agungnya, iaitu �L�etat c�est moi� (negara ialah aku). Prinsip kuasa mutlak ini telah mendapat tentangan daripada gerakan pembebasan khususnya pejuang hak asasi manusia aliran liberal. Di Perancis, kuasa mutlak golongan raja dan bangsawan telah diruntuhkan oleh gerakan revolusi rakyat.
kingshippemerintahan berajaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam.
sovereignraja pemerintahUndang-undangTiadaRaja yang mempunyai kuasa, sama ada kuaa mutlak atau terhad.
dictatordiktatorSejarahTiadaPemerintah atau raja yang mempunyai kuasa mutlak dan bertindak sesuka hatinya melakukan kekerasan dan kekejaman.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.
12

Kembali ke atas