Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bekas drpd sesuatu yg dicapkan atau yg dituliskan (spt garis berwarna pd kain tenun, huruf yg dicetak dll). 2 sulam atau suji dgn warna yg lain. 3 alur bunyi pd piring hitam atau pd pita rakam. merakam 1 memberi bercap (spt garis berwarna pd kain dll); mengecap; menera. 2 memberi bersulam (bersuji) dgn warna lain; menyulam; menyuji. merakamkan 1 menggambarkan sesuatu pd kain dll; mengecapkan; menerakan. 2 memasukkan sesuatu (bunyi atau suara) pd piring hitam, pd pita rakam dll. rakaman apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. perakaman perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. perakam alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CDRI (COMPACT DISK RECORDABLE INTERACTIVE)CDRI (CAKERA PADAT BOLEH RAKAM SEMULA INTERAKTIF)Istilah26.11.2010
Ali tangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera Ali merakam gambar ibunya dengan meggunakan kamera Ali mengambik gambar ibunya dengan menggunakan kamera Yang mana betul? Tangkap, rakam, atau ambil?Frasa yang selalu digunakan ialah menangkap gambar atau mengambil gambar. Jika hendak menggunakan frasa merakam gambar, frasa yang tepat ialah merakamkan gambar. Namun demikian, perkataan merakamkan lebih sesuai digunakan untuk frasa merakamkan video. Perkataan merakamkan lebih sesuai untuk video kerana video biasanya mempunyai bunyi dan gambar. 
Oleh itu, ayat yang betul ialah Ali menangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera, Ali mengambil gambar ibunya dengan menggunakan kamera. 

Lain-lain02.11.2020
Berapa jumlah kosakata bahasa Melayu?Kosa kata yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 sekitar 60,000. Sungguhpun begitu, masih terdapat banyak kosa kata yang tidak rakam, seperti yang digunakan dalam dialek, suku kaum dan banyak lagi.Lain-lain09.01.2019
(1)Adakah ini ayat songsang-'Salim menulis dengan baik karangan ini'?(2)Mengapakah objeknya bukan ditulis selepas kata kerja(KKT)? (3)Adakah ayat ini betul-'Ketua darjah dipilih oleh saya dan rakan-rakam sekelas.'

(1) Ayat yang betul ialah 'Salim menulis karangan ini dengan baik'. (2) Ayat yang betul ialah 'Ketua darjah saya  dan rakan-rakan sekelas yang pilih.

Tatabahasa27.03.2010

Kembali ke atas