Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakan
Rujuk :teman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
criminal peer influencepengaruh rakan sebaya jenayahKriminologiKeadilan JenayahKuasa pergaulan individu dengan rakan-rakan jenayah yang sama umur atau status yang menyebabkan individu tersebut turut terlibat dalam jenayah.
peersrakan sebayaPendidikanTiadaIndividu yang sama umur atau status dengan individu yang lain.
القرينrakan sebayaAgama IslamHadithPerawi-perawi yang didapati sama umur dan guru.
interactive environmentsekitaran saling tindakPendidikanTiadaKeadaan atau suasana pembelajaran yang membolehkan pelajar bersaling tindak di kalangan rakan sebaya atau dengan sumber pembelajaran lain.
peer delinquencydelinkuen sebayaKriminologiTiadaTingkah laku antisosial atau tindakan yang melanggar undang-undang akibat pengaruh rakan sebaya.
zone of proximal developmentzon perkembangan proksimalPendidikanTiadaTahap kanak-kanak dapat menguasai tugas dengan mudah jika diberi sokongan dan bimbingan oleh individu lain seperti rakan sebaya atau orang dewasa.
child developmentperkembangan kanak-kanakPsikologiPsikologi UmumKajian mengenai kanak-kanak dari perspektif perkembangannya dengan memberi penekanan kepada tahap tumbesaran dan kadar perubahan yang wujud dalam aspek psikologi, mental, fizikal dan emosi serta pengaruh interaksi sosial antara ahli keluarga dan rakan sebaya.
political socializationpemasyarakatan politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan.
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.
delinquent peer influencespengaruh delinkuen sebayaKriminologiKeadilan JenayahPengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut.
12

Kembali ke atas