Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.két] | راکيت

Definisi : (rakét) alat utk memukul bola dlm per­mainan tenis (badminton dll), penangkis: ~ tenis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.két] | راکيت

Definisi : /rakét/ alat yg hujungnya ber­bingkai serta direntangi tali tangsi dsb dan digunakan utk memukul bola (dlm permainan badminton, tenis dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin kepastian mengenai penjodoh bilangan bagi raket, adakah sebuah raket atau sebatang raket? Mengapa penjodoh bilangan tersebut yang sesuai baginya?Penjodoh bilangan bagi raket ialah sebatang raket.Tatabahasa26.02.2008
saya ingin tanya penggunaan penjodoh bilangan untuk pokok dan raket badminton (sebuah atau sebatang)Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang pokok dan sebatang raket badminton.Lain-lain23.05.2018
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012

Kembali ke atas