Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kit] | راکيت

Definisi : beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb); ~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit; berakit bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn me­ng­gunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang; merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; perakit pengatur, penyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : Jw; serakit sepasang (kuda dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung hujan-hujan, Cymbirhyncus macrorhyncos malac­censis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : rangkaian beberapa batang kayu atau buluh yg dpt mengapung di atas air, dan digunakan sbg kenaikan dll. berakit bergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit kayu berlantai buluh; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit merindu adik yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit dibuat orang peladang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit mengingat abang di seberang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit terapung di tengah sungai; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit menanggung kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit berisi tampuk pinang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit kayu beratap kajang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit rindu mengingat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit penghulu bergalah buluh; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merindu orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit kami menghulu-hulu; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit kami menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit raja semua berkawal; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit bercinta membawa ajal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas