Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,

Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan patik dan hamba ? guna patik bila pembesar , temenggung cakap dengan sultan. guna hamba bila rakyat biasa cakap dengan sultan. betulkah ?Perbezaan makna "patik" dan "hamba" yang saudara berikan adalah tidak tepat. Perkataan "patik" digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala "hamba" digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, "hamba" adalah tidak sama penggunaannya dengan "patik".Makna11.07.2014
assalamualaikum. mahu bertanya, adakah frasa "marhaen" itu boleh diterjemahkan sebagai rakyat biasa dan kebanyakan?Untuk makluman, marhean merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan lain-lain. Perkataan rakyat biasa dan kebanyakan boleh digunakan.Istilah08.02.2013
bolehkah kata ganti nama bonda di gunakan oleh rakyat biasa (non-royal) untuk menggantikan panggilan ibu/emak?Bonda ialah bahasa halus untuk 'ibunda' yang digunakan oleh kerabat raja.  Walau bagaimanapun,  panggilan bonda yang juga membawa maksud ibu atau emak boleh digunakan oleh rakyat biasa kerana penggunaannya bukan dalam konteks rasmi.Lain-lain05.01.2011
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanyakan kata ganti nama diri pertama,iaitu 'patik' dan 'hamba'. Bolehkah tuan@puan jelaskan perbezaan kedua-duanya? Sefaham saya, 'patik' digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala 'hamba' digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, 'hamba' adalah tidak sama penggunaannya dengan 'patik'. Betulkah penerangan saya ini? Terima kasih.Penjelasan puan tentang perbezaan makna dan penggunaan kata patik dan hamba, betul.Tatabahasa26.04.2013
Ribuan terima kasih atas penerangan yang diberi mengenai makna "patik" dan "hamba". Tetapi saya ada sedikit kekeliruan. (1) Bila seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan, perkataan 'patik' digunakan. Bila pembesar/ temenggung/ bendahara yang bercakap dengan raja/sultan, apakah perkataan digunakan untuk menggelar dirinya sendiri ? (2) Kalau Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat, perkataan "hamba" digunakan untuk menggelar dirinya sendiri, betulkah ?

Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja. Dalam hal ini, golongan yang berjawatan dalam pentadbiran istana tetap rakyat biasa, bukan berketurunan raja maka tetap menggunakan kata ganti diri “patik” apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba” pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, Hang Tuah dengan Hang Hang Jebat menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka.

Tatabahasa14.07.2014
nota ringkas kata sapaan kehormat dan ganti nama keluarga rakyat biasaUntuk makluman saudara tidak ada nota ringkas tentang penggunaan kata sapaan sama ada yang bergelar (daripada istana/kerajaan) atau tidak bergelar. Hal ini ditulis dengan jelas dalam buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Lain-lain05.07.2009
Merujuk soalan saya tentang kata ganti nama diri itu, ada yang memberi peneragan bahawa apabila mak inang atau dayang istana bercakap dengan tuan puteri perlu bahasakan diri dengan perkataan hamba bukan patik sedangkan selama ini saya maklum tentang kata hamba itu untuk membahasakan diri dalam kalangan rakyat biasa sahajaKata ganti nama diri  ‘patik’ digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan/kerabat diraja; manakala kata gandi nama diri ‘hamba’ digunakan sesama rakyat biasa.Tatabahasa25.08.2014
Menurut penjelasan DBP pada 30 Nov 2014, ‘beta’ hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja dan tidak termasuk keluarga diraja. Jadi saya ingin bertanya, apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan oleh puteri/putera semasa berkata dengan rakyat biasa? Terima kasih.Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi putera atau puteri raja semasa berkata dengan rakyat biasa, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "beta" merupakan kata ganti diri pertama untuk raja (Hlmn. 176). Akan tetapi, tidak dinyatakan secara khusus yang kata tersebut hanya digunakan untuk raja atau sultan semata-mata. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan putera atau puteri raja  menggunakan kata ganti diri yang sama, iaitu "beta" kerana mereka juga merupakan keturunan raja.Istilah07.07.2015
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya kata ganti nama diri kedua jika sultan/raja bercakap dengan rakyat biasa. Ayat contoh: Sultan: Mengapakah __________ begitu pasti tentang perkara ini? Rakyat: Patik ada terdengar perbualan mereka di dalam gua, tuanku. Sekian, terima kasih.Penggunaan kata ganti nama diri kedua bagi Sultan terdapat beberapa konteks:
1. Sekiranya dalam konteks dahulu, kata ganti yang digunakan ialah tuan hamba.
2. Jika rakyat tersebut mempunyai gelaran, panggilan yang digunakan ialah YBhg. dan sebagainya.
3. Rakyat biasa, kebiasaannya penggilan yang digunakan ialah kamu. 
Tatabahasa18.12.2014
Saya berasa keliru selepas menerima jawapan daripada tuan. Hal ini kerana saya mendapati bahawa rakyat biasa yang bercakap dengan raja boleh menggunakan "patik" dan "hamba"?? Jadi dayang yang bercakap dengan raja haruslah menggunakan "hamba" untuk merendahkan diri??Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.

Oleh yang demikian, apabila dayang bercakap dengan raja, kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah patik.
Tatabahasa01.12.2013
12345

Kembali ke atas