1. adakah penggunaan "ralat aksesibiliti" ayat ini betul dari segi konteks ayat? "Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti ralat aksesibiliti melibatkan penggunaan laman web oleh golongan OKU" 2. adakah betul terjemahan "defect taxonomy" ialah taksonomi ralat? | Cadangan padanan istilah yang betul: 1. Tukar ralat aksesibiliti kepada Ralat Ketercapaian 2. Tukar Taksonomi ralat kepada Kecacatan Taksonomi | Istilah | 10.01.2018 |
RALAT : pihak kementerian mohon mengenalpasti penggunaan CENTRAL FOREST SPINE (CFS) di dalam bahasa melayu. kami mohon pihak DBP untuk memberi cadangan yg sesuai bagi penggunaan bahasa di dlm laporan kajian kami ini. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
Ralat dalam definisi bagi perkataan Inggeris "invalidity". Definisinya dalam BM adalah bagi perkataan "invaluable". Tiada entri bagi perkataan "invalidity" dalam pengkalan data PRPM. Harap dapat diperbetulkan. | Kami ambil maklum teguran tuan. Penambahbaikan dan pengemaskinian takrif dan padanan entri dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan tersebut akan diberikan perhatian. | Makna | 19.05.2021 |
Ralat Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa maksud belayar. Contoh ayat: Kapal kontena itu berlepas / bertolak dari Pelabuhan Kelang ke Australia. Terima kasih. | Perkataan "berlepas" dan "bertolak" dalam contoh ayat betul dan boleh membawa maksud belayar. Perkataan "belayar" lebih khusus untuk pergerakan di atas air. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Apakah terjemahan yang betul bagi istilah "mismatch" dalam bidang teknologi maklumat? Contohnya, "type mismatch error" harus diterjemahkan sebagai "ralat ketakpadanan jenis" atau "ralat jenis tidak sepadan"? | Tidak ada contoh penggunaan mismatch dalam bidang teknologi dalam sumber rujukan kami. Data yang ada daripada bidang yang lain seperti kejuruteraan dan pentadbiran perniagaan, mismatch diterjemahkan kepada tak padan dan ketakpadanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.04.2015 |
Salam. Boleh saya dapatkan senarai ralat dan pembetulan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang diterbitkan oleh DBP? Terima kasih. | Ralat Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, sebarang ralat atau pembetulan akan dikemas kini melalui pautan Kod QR pada kulit hadapan buku teks Sejarah Tingkatan 4. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.07.2022 |
Saya ingin membuat pengesahan penggunaan kata imbuhan bagi Ralat. Adakah "keralatan' wujud dalam istilah bahasa melayu? Contoh ayat: Maaf atas keralatan yang berlaku | Keralatan membawa maksud hal atau keadaan ralat. Contoh ayat, Terdapat keralatan dalam mengira markah pelajar pada penggal itu. | Lain-lain | 22.04.2022 |
Pada bahagian field juga saya tidak beberapa pasti . Ayat nya seperti ini , System error! Invalid field type ?0! dan saya menterjemah kepada Ralat sistem! Jenis medan tidak sah ?0! | Cadangan jawapan bagi terjemahan tersebut ialah Sistem ralat dan Jenis medan tidak sah. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Adakah erata di terima sebagai perkataan Bahasa Malaysia? Erata digunakan oleh lembaga peperiksaan tetapi tidak ad dalam kamus dewan edisi ke empat. Beza antara erata dan ralat? Apakah maksud mehnah? | Istilah errata merupakan perkataan bahasa Inggeris dan digunakan dalam bidang perpustakaan. Padanannya dalam bahasa Melayu ialah ralat, bukan erata. Perkataan mehnah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/kesusahan. | Istilah | 28.04.2010 |
Saya ingin mengemukakan aduan berkenaan ralat pada halaman PRPM DBP. Hasil carian untuk perkataan Melayu kebanyakannya sudah lenyap dan hanya menunjukkan teks, "Carian kata tiada di dalam kamus terkini." Selalunya hasil carian bagi kata itu akan muncul bersama definisi dalam bingkai kuning. Harap isu ini dapat diselesaikan. Saya lampirkan imej sebagai bukti. | Terima kasih atas pemakluman. Kami akan memanjangkan masalah ini kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 12.08.2019 |