Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi deram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB 1. jendela, tingkap; 2. bingkai utk dibentangkan kain dll utk disulam dll, pe­midang(an). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ® eram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist singkatan bagi random access memory (ingatan capaian rawak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bunyi spt bunyi ayam, burung dsb sewaktu duduk memanaskan telur. mengeram 1 duduk di atas telur rapat-rapat supaya telur menjadi panas dan menetas (bkn ayam, burung dsb). 2 ki sentiasa duduk di rumah atau di sesuatu tempat; tidak suka keluar ke mana-mana: Dia lebih suka bersiar-siar drpd ~ di rumahnya saja. mengerami mengeram di atas atau pd (bkn ayam, burung dsb): Ayam ~ telur itik. mengeramkan menetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari. pengeraman perbuatan (proses dll) mengerami atau mengeramkan. pengeram alat utk mengeramkan telur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 jendela; tingkap. 2 bingkai tempat meregangkan kain yg hendak disulam dll; pemidang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Horizontal Ram-Type Milling Machine'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Mesin Pengisar Mendatar Jenis Ram.Istilah05.02.2016
bagaimana hendak penggalkan perkataan bangunan, saliran, rambutan, penyelamat,penimbas pakaian mengikut suku kataba-ngu-nan,sa-li-ran,ram-bu-tan, pe-nye-la-mat, pe-nim-bas pa-kai-anTatabahasa07.08.2007
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih.Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu.Ejaan11.10.2012
Saya guru Tahun Satu. Bermasalah dalam membaca suku kata, harap ditolong. Contoh: rambutan dan makanan, kata dasar dieja bersama atau ikut bunyi baca?Bagi contoh rambutan dan makanan, kedua-duanya dieja bersama iaitu ram.bu.tan dan ma.ka.nanLain-lain25.03.2007
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
Slm, suku kata untuk perkataan berikut: a)ungu b)tenggiling c)rambutan d)durian e)longan Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

a)ungu - u..ngu

b)tenggiling - teng..gi..ling

c)rambutan - ram..bu..tan

d)durian - du..rian

e)longan - lo..ngan

Lain-lain02.11.2010

Kembali ke atas