Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma] | راما

Definisi : Jw, sl ayah(anda), bapa. rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma] | راما

Definisi : ; rama-rama serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rama

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika kata nama rama-rama itu digandakan, adakah menjadi "rama-rama rama-rama" atau "rama-rama-rama-rama" ? Terima kasih.Untuk penggunaan nama haiwan, sila gunakan kata bilangan dan penjodoh bilangan.  Contohnya, "Abang menangkap dua ekor rama-rama."Lain-lain31.01.2024
selamat petang Bolehtak saya tanya tentang istilah perkataan? saya agak keliru dengan rama-rama dan kupu-kupu rama-rama = moth kupu-kupu = butterfly ?Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih.Lain-lain15.02.2019
Salam sejahtera, tuan. Di sini ada satu pertanyaan berkaitan dengan rama-rama dan kupu-kupu. Apakah padanan istilah bahasa Inggeris yang betul bagi rama-rama dan kupu-kupu? Terima kasih atas penjelasan tuan.Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih.Makna27.07.2017
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar.Makna25.10.2013
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Si'. Jika saya mahu membuat tajuk cerita Rama-Rama Yang Gembira, adakah perlu saya menulis sebagai Si Rama-Rama Yang Gembira? Terima kasih.Kami mencadangkan puan menggunakan tajuk "Rama-rama yang Gembira".Tatabahasa26.11.2013
1.Adakah istilah Kupu-kupu ialah Moth? Bagaimana dengan istilah Rama-rama? Adakah Rama-rama ialah Butterfly? 2. Apakah penggunaan yang tepat dan terkini bagi kata ENGLISH? Adakah Bahasa Inggeris atau English? 3. Adakah istilah "bikin" masih terpakai dan sah digunakan dalam penggunaan persuratan? 1. Kupu-kupu ialah moth dan rama-rama ialah butterfly. 2. Padanan perkataan English dalam konteks bahasa ialah bahasa Inggeris. 3. Perkataan ‘bikin’ dilabelkan sebagai bahasa percakapan maka tidak boleh digunakan dalam situasi rasmi. Istilah30.01.2019
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasihKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. 
Tatabahasa09.09.2017
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan.1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 

2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu.

3. Cina perlu dieja dengan huruf besar.

4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah)
Tatabahasa29.08.2020
Salam sejahtera. Di sini terdapat pertanyaan terhadap dua perkataan yang maksud BM-BI agak mengelirukan, iaitu kupu-kupu dan rama-rama. Adakah kupu-kupu=moth atau butterfly? dan rama-rama=butterfly atau moth? Ini adalah kerana terdapat percanggahan dalam kamus DPB dan kamus-kamus bergambar di pasaran. Yang mana satu maksud yang betul? Ribuan terima kasih atas jawapan daripada pihak DBP.Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih.Istilah19.06.2017
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
12345

Kembali ke atas