Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mah] | رامه

Definisi : 1. elok dan menarik budi bahasanya (ter­hadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka me­nyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemes­raan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat di­nafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mah] | رامه

Definisi : suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait1. antilelaki
2. kadangkala
3. rumah tangga
4. arwah
5. saudara-mara
6. ramah-tamah
7. sering kali
8. tanah air
9. pasar raya
10. tengah hari
1. per kapita
12. hubung kait
Ejaan07.08.2014
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasihTemu bual sama maksudnya dengan temu ramahMakna14.03.2017
Salam sejahtera tuan, adakah frasa ramah-tamah sekali betul? Terima kasih.Ramah-tamah membawa maksud sangat ramah. Penggunaan kata penguat di belakangnya tidak perlu dan dianggap lewah.Lain-lain29.09.2021
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih.Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama RakyatLain-lain30.04.2018
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.
Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama.  Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza.  Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
"pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara.
Istilah27.02.2017
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah.Ejaan23.06.2008
perkataan ramah mesra atau rahmah mesraYang betul ialah ramah mesra.Ejaan04.06.2009
Adakah ' Majlis Ramah-tamah' kata nama khas?'Majlis Ramah-tamah' bukan kata nama khas. Istilah03.03.2010
Apakah perbezaan antara temu bual, temu ramah dan wawancara? Terima kasih atas nasihat anda.Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah dan wawancara, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=temu+bual.Makna17.11.2014
123

Kembali ke atas