Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
promiscuityn (derog) casual sexual behaviour, persetubuhan secara rambang: ~ is frowned upon by most religions, persetubuhan secara rambang tdk disukai oleh kebanyakan agama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
promiscuousadj 1. (derog) having several sexual partners,melakukan persetubuhan secara rambang: a ~ woman, perempuan yg melakukan persetubuhan secara rambang; 2. (fml), (of many kinds) mixed in a disorderly manner, bercampur baur, bercampur-campur: her belongings lay in a ~ heap on the porch, barang-barang kepunyaannya bercampur baur dlm satu timbunan di anjung itu; 3. (derog) casual, indiscriminate, sembarangan: ~ friendships with a whole range of people, persahabatan yg sembarangan dgn semua golongan orang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spoiledadj also spoilt (of person) mua; (of ballot paper) rosak; be ~ for choice, menjadi rambang mata: with such a range of local and imported fruit available, one is ~ for choice, dgn terdapatnya pelbagai buah tempatan dan buah-buahan import, seseorang menjadi rambang mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
randomadj rawak, rambang: a ~ selection of the books, buku-buku itu dipilih secara rawak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
randomn;at ~, secara /rawak, rambang/: the gunners were firing at ~, penembak-penembak itu menembak secara rawak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
potentadj 1. powerful, kuat: a ~ drug, drug yg kuat; the rapid spread of AIDS is a ~ argument for less sexual promiscuity, penyakit AIDS yg merebak dgn cepat menjadi alasan yg kuat utk mengurangkan persetubuhan rambang; 2. (of male)sexually capable, poten.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas