Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perem­puan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa di­tentu­kan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sem­barangan sahaja, rawak: sbg contoh peng­gunaan sebenar, saya petik sebuah ayat se­cara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagai­kan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bang] | رامبڠ

Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambang (adverba)
Bersinonim dengan rawak, sewenang-wenang, sesuka hati, sekehendak hati;,
Kata Terbitan : merambang,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
random orientationhalaan rambang/orientasi rambangGeologiTiadaTiada
random orientationhalaan rambang/orientasi rambangMatematikTiadaTiada
random orientationhalaan rambang/orientasi rambangPertanianTiadaTiada
random orientationhalaan rambang/orientasi rambangKejuruteraanTiadaTiada
random samplesampel rawakSosiolinguistikTiadaContoh yang diambil secara rambang (dan mungkin rambang sistematik) yang dapat mewakili persoalan bahasa yang dikaji. Kumpulan sampel termasuklah manusia, badan berdokumen yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian yang empirik.
Ethernet sniffingpenghiduan EthernetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti memintas dan merakam secara rambang paket data pada rangkaian pautan data Ethernet. Penghiduan biasa dilakukan dengan melaraskan kad antara muka Ethernet kepada mod rambang.
Ethernet snifferpenghidu EthernetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang mampu memintas dan merakam secara rambang paket data pada rangkaian pautan data Ethernet. Penghiduan biasa dilakukan dengan melaraskan kad antara muka Ethernet kepada mod rambang.
packet snifferpenghidu paketTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang mampu memintas dan merakam paket data rangkaian secara rambang dalam prasarana komputer atau rangkaian. Penghiduan biasa dilakukan dengan melaraskan kad antara muka rangkaian kepada mod rambang.
aleatoryrambang/rawakKependudukanTiadaTiada
randomrawak/rambangFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas