Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
haircutn 1. act, instance of cutting hair, bergunting (rambut): to go for a ~, pergi bergunting; /get, have/ a ~, bergunting (rambut); 2. hairstyle, /potongan, fesyen, gaya/ rambut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hairdressingn approp n + mendandan rambut: he has gone into ~, dia mengikuti kursus mendandan rambut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
singed adj terbakar: the fireman smelt of ~ hair, rambut ahli bomba itu berbau spt rambut yg terbakar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scalp2. (jocular) mengontotkan rambut sso: the barber’s just ~ed me, tukang gunting itu mengontotkan rambut saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hair-linen edge of hair’s growth on forehead, /garis, gigi/ rambut: a receding ~, gigi rambut yg semakin jauh ke belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hairdressern 1. (person), /pendandan, perias/ rambut; 2. (shop) kedai /mendandan, merias/ rambut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shock 2 n (of hair) rambut lebat: a pale face topped by a ~ of black, curly hair, muka pucat yg diserkup rambut lebat yg hitam dan ikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plaster~ st down, (hair) meratakan rambut dgn membubuh + approp n: he likes to ~ his hair down,dia suka meratakan rambut dgn membubuh krim;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headfrom ~ to /foot, toe/, dr hujung rambut sampai ke hujung kaki: he was drenched from ~ to foot, dia basah kuyup dr hujung rambut sampai ke hujung kaki; get it into o’s ~ (that), mengerti, memahami: can’t you get it into your ~ that he is not coming back?, tidakkah kamu mengerti bahawa dia tdk akan balik semula?; /give so., let so. have/ his ~, membiarkan sso berbuat sesuka hati; go to so’s ~, make so. conceited, menyebabkan sso lupa diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top1from ~ to toe, dr hujung rambut sampai ke hujung kaki: she was dressed in red from ~ to toe, dr hujung rambut sampai ke hujung kaki semua pakaiannya berwarna merah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas