Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
onkosrambut palsuKesenianDrama dan TeaterRambut gantian yang diperbuat daripada rambut sebenar atau rambut sintetik yang digunakan oleh pelakon dalam sesuatu pementasan untuk disesuaikan dengan watak yang dilakonkan.
anagenanagenSains ForensikTiadaFasa aktif pertumbuhan folikel dalam kitar pertumbuhan rambut. Akar rambut pada fasa anagen berbentuk bujur dilindungi oleh selaput akar dan kaya dengan sel bernukleus yang boleh menjadi sumber DNA bagi pengujian rambut forensik.
hair brushberus bulu; berus rambutPentadbiran PerniagaanTiada2. Berus rambut: Berus untuk memberus rambut.
Pompadour hairstail rambut PompadourKesenianTiada1. Stail rambut wanita dengan menyingkat untuk mendapatkan kesan kembang, bergulung bahagian muka, biasanya disangga dengan alat penyepit. Stail rambut yang popular pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.,2. Stail rambut lelaki yang disikat ke belakang untuk mendapatkan kesan tegak.
wigcemaraPentadbiran PerniagaanTiadaRambut tambahan daripada rambut, nilon dan lain-lain yang digunakan untuk membesarkan sanggul atau menutup botak
xerasiaxerasiaKejururawatanTiadaPenyakit rambut yang bercirikan rambut kering dan rapuh, dan akhirnya botak.
dreadlock stylegaya rambut pilinanKesenianTiadaPintalan rambut yang terbentuk secara asli akibat rambut yang tidak dibasuh dan dibiarkan tumbuh secara semula jadi tanpa penggunaan berus, sikat atau pencukur dalam tempoh yang lama atau didandan di salon.
hairlinegaris halusPentadbiran PerniagaanTiada2. Garis rambut: Garis tempat rambut bertemu kulit kepala.
back combingsisir songsangKesenianTiadaTeknik mendandan rambut dengan menyisir rambut secara songsang supaya kelihatan kembang dan lebat.
arrectores pilorumarektores pilorumBiologiHistologi dan SitologiKumpulan gentian otot yang tidak berjalur tetapi bersekutu dengan folikel rerambut. Apabila bahagian ini mengecut, penarikan pangkal rambut berlaku dan menyebabkan rambut tersebut tegak.
12345678910...

Kembali ke atas