Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rampak;


Pantun

PantunSumberTema
Rampak-rampak merambah dahan, Kerana kita hendak mengail; Banyak-banyak menyembah Tuhan, Kerana kita hamba yang jahil.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan ditebang kayu nan rampak, Kalau ditebang dahan terkerat; Jangan ditentang ibu dan bapak, Kalau ditentang badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baik urat elok batangnya, Elok batang kayunya rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang berdahan rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang imannya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau kuncup hendak berbuah, Jangan ditebang kayu nan rampak; Kalau hidup hendak bertuah, Jangan dibuang ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sebanyak-banyak sirih melayang, Tidak menyamai sirih nan rampak; Sebanyak-banyak kasih nan sayang, Tidak menyamai kasih ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas