Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.nah] | رانه

Definisi : 1. tanah datar, dataran rendah, lembah; 2. kawasan yg berpaya-paya; 3. ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu (aktiviti, ilmu pengetahuan dsb), domain: dialek Melayu sesuai digunakan dlm ~ tak formal; perlu diperkuat dasar dan strategi pem­bangunan negara yg berteraskan bahasa Kebangsaan dlm semua ~ kehidup­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nah] | رانه

Definisi : ; punah-~ habis rosak sama sekali; ® punah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nah] | رانه

Definisi : 1 tanah datar; dataran rendah; lembah. 2 kawasan yg berpaya-paya. 3 lingkungan bidang atau lapangan sesuatu ilmu pengetahuan, aktiviti dsb: Dialek memang digunakan dlm ~ tak formal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranah (kata nama)
Bersinonim dengan tanah datar, dataran, tanah pamah, lembangan, wadi;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pejabat itu______setelah digeledah oleh perompak malam tadi. A. Haru-biru B. Hiruk-pikuk C. Tunggang-langgang D. Punah-ranah Apakah jawapan bagi soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang tepat ialah punah-ranah. Punah ranah bermaksud habis rosak sama sekali.Tatabahasa20.12.2013
1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus?Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP.Lain-lain22.03.2008
Susu Formula Pelbagai Jenama Dan Murah Kaw2!

Ayat yang sesuai ialah “Pelbagai jenama susu formula pada harga yang rendah!”, bergantung pada kesesuaian makna yang ingin disampaikan dan juga ranah penggunaan. Walau bagaimanapun, sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.

Tatabahasa10.11.2023
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah
Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.

Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. 

Tatabahasa07.04.2020
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih.Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.Lain-lain13.04.2012
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih.Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul.Tatabahasa15.05.2012
Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam?Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi.Istilah14.10.2012
Tuan, sila rujuk lampiran. Terima Kasih.Tahniah atas usaha tuan menggunakan Kamus Dewan bagi memastikan penggunaan kata yang baik. Dan sebagai pengguna kamus kita perlu tahu label yang digunakan pada entri kamus. Dalam Kamus Dewan perkataan macho diikuti tanda arah perkataan maco. Maka kita perlu merujuk perkataan di depan tanda arah, iaitu maco. Perkataan "maco" dilabelkan sebagai "bp", iaitu bahasa perckapan. Jika dilihat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan macho juga diberi label colloq (colloquial). Kolokial atau bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi. Dan iklan meruapakan ranah rasmi yang boleh menjadi penanda aras kebakuan bahasa yang digunakan.Istilah27.09.2012
Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan "ngam" digunakan dalam media pengiklanan memandangkan perkataan itu sudah menjadi kebiasaan orang ramai? Contohnya, "Tawaran ini sangat hebat. Memang ngam!"

Perkataan “ngam” menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 1531) bermaksud sesuai atau kena benar, atau sangat baik dan sehaluan dalam segala perkara yang dilakukan.

Perkataan “ngam” merupakan bahasa basahan atau percakapan (kolokial) dan tidak dibolehkan penggunaannya dalam konteks rasmi. Iklan merupakan ranah rasmi dengan penggunaan bahasa yang baku dan gramatis.

Penggunaan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan “ngam” ditunjukkan dalam contoh ayat yang berikut:

1. Baju ini sesuai dengan badan awak.

2. Hubungan kami bertiga sangat akrab/baik sejak kecil.

Tatabahasa04.07.2023
12

Kembali ke atas