Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.nap] | رانڤ

Definisi : I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pen­carian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : Mn sunyi (senyap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.nap] | رانڤ

Definisi : (hampir) sama rata dgn paras tanah kerana roboh atau runtuh: Pohon-pohon padi di sawah habis ~ ditiup angin. meranap menjadi ranap: Akibat gempa bumi, beberapa buah rumah ~. meranapkan meratakan sehingga sama dgn paras tanah; menjadikan ranap: Gempa bumi telah ~ rumah-rumah di kawasan yg terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranap (adjektif)
Bersinonim dengan roboh, tumbang, runtuh, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : meranapkan, keranapan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crash recoverypulih ranapTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan komputer untuk berfungsi semula selepas ranap akibat kegagalan pemacu cakera keras.
crashranapTeknologi MaklumatTiadaKegagalan atur cara atau pemacu cakera.
crashranapTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada aset sistem komputer apabila suatu kerosakan atau kesilapan penggunaan menyebabkan aset sistem komputer berkenaan seperti perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul.
system crashranap sistemTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada sistem pengendalian apabila suatu ralat atau konflik pada atur cara menyebabkan sistem pengendalian tidak boleh berfungsi dengan betul dan semua proses yang sedang diuruskan oleh sistem pengendalian perlu dihentikan sehingga masalah diselesaikan. Contohnya, serangan penafian layanan (DoS) boleh menyebabkan sistem pengendalian terbeban sehingga pengendalian biasa tidak boleh dijalankan.
debugging programatur cara nyahpepijatTeknologi MaklumatPerisianAplikasi perisian yang digunakan untuk mencari kesilapan kod sumber. Atur cara ini boleh menunjukkan aliran data semasa atur cara dilaksanakan atau kandungan ruang ingatan komputer yang terlibat sebelum sesuatu atur cara itu ranap. Oleh yang demikian, pembetulan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Kebanyakan persekitaran pembangunan bersepadu mengandungi atur cara ini.

Kembali ke atas