Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ca.ngan] | رانچڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ca.ngan] | رانچڠن

Definisi : sesuatu (spt acara, program) yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang2
Kata Terbitan : merancang, terancang, rancangan, perancangan, perancang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia.Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia   Ejaan24.10.2008
Mana satu istillah adalah betul ? a) rancangan realiti televisyen b) rancangan televisyen realiti c) rancangan realiti hiburana) rancangan realiti televisyen dan c) rancangan realiti hiburan. Kedua-dua istilah tersebut betul.Tatabahasa22.03.2015
Salam sejahtera. Perlukah kita membubuh penjodoh bilangan antara "beberapa" dengan "rancangan" ? Maksud saya "beberapa buah rancangan" atau "beberapa rancangan" sedangkan kita selalu membubuh penjodoh bilangan selepas beberapa. Terima kasih.

Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa iaitu 'beberapa rancangan' dan 'beberapa buah rancangan' betul digunakan dalam ayat. Perlu diingat tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan.
'Beberapa rancangan' sebenarnya sudah memadai untuk menunjukkan 'beberapa buah rancangan.'

Tatabahasa04.12.2012
Rancangan itu disiarkan ke udara atau Rancangan itu ke udara ?Jawapan yang betul ialah Rancangan itu disiarkan atau Rancangan itu ke udara.Tatabahasa04.07.2011
ia digunakan untuk sari kata rancangan.Ayat sebelum menerangkan tentang rancangan tersebut,sbg cth: Rancangan ini mengandungi perkataan yang mungkin menyinggung dan untuk tontonan penonton matang. Budi bicara adalah dinasihatkan."Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Namun penggunaan yang gramatis "ia" digunakan bagi kata ganti nama diri manusia.Tatabahasa26.08.2013
adakah "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" di eja seperti ini atau cukup sekadar "Rancangan Malaysia Ke-12"Frasa "Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)" dan "Rancangan Malaysia Ke-12" adalah betul dan boleh digunakan.
Lain-lain15.03.2023
Adzlina Ibrahim Oct 9th, 11:06am Selamat Pagi, Saya Adzlina Ibrahim Penerbit Rancangan "DI MANASILAPNYA" terbitan NASIONALfm (salah satu station radio RTM). Dengan hormatnya memaklumkan pihak tuan berkaitan penerbitan rancangan Sketsa bahasa. Rancangan tersebut memberi fokus kepada pembetulan kesalahan dalam penggunaan perkataan. Program ini melibatkan hanya melibatkan 2 watak utama. Masa dan tarikh siaran adalah dari hari isnin hingga jumaat pukul 10.30pagi dan ulangan 2.30petang. untuk melaksanakan hasrat ini, saya memerlukan pakar bahasa bagi menghasilkan skrip rancangan ini. Untuk makluman pihak tuan juga, pada waktu ini saya menggunakan hikmat Proff. Teong Kok Seong dan Datuk Rahman Shaari. Dalam usaha untuk mendapatkan kelainan hasil karya, kami berbesar hati mengundang penulis lain dari Dewan Dahasa dan Pustaka untuk menghasilkan karya skrip bagi Sketsa Bahasa "DI MANA SILAPNYA". Kerjasama pihak tuan dalam merialisasikan Penerbitan Program ini amat saya hargai dan sanjung tinggi.Terima kasih atas pelawaan yang diberikan dan kami amat mengalu-alukannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi saya melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my atau talian telefon 03-21479109. Terima kasih.Lain-lain09.10.2014
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan.Tatabahasa17.04.2013
Salam, yang mana betul: (1) ialah satu-satunya rancangan, atau (2) adalah satu-satunya rancangan? Jika kita anggap "satu-satunya rancangan" sebagai sebuah Frasa Nama, maka (1) betul. Jika kita anggap "satu-satunya" sebagai sebuah Frasa Adjektif, maka (2) betul. Pendapat DBP?

Berdasarkan contoh yang diberikan, “ialah satu-satunya rancangan” ialah frasa nama, manakala binaan frasa adjektif pula kata pemeri “adalah” hanya boleh diikuti oleh frasa sendi nama dan frasa adjektif yang bersifat huraian sahaja. 

Tatabahasa25.07.2022
Assalamualaikum, saya seorang penerbit rancangan di stesen Radio Malaysia Sabah fm dan menerbitkan Rancangan Belajar Peribahasa.Bolehkah sekiranya DBP menghantar melalui fax peribahasa beserta maksudnya untuk memudahkan saya menerbitkan rancangan ini.Harap pihak anda ambil perhatian.

Saudara boleh mendapatkan buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah Hussain, terbitan DBP, Kamus Peribahasa Kontemporari, terbitan PTS Sdn. Bhd. dan sebagainya.

Lain-lain15.10.2009
12345678910...

Kembali ke atas