Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
timbaurangka ~ rangka sambungan (tambahan) pd rangka utama; menimbau menyambung (menambah dll) utk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dll): Selampit pun ~lah sebuah penjajap.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerangka1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn peng­guna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangka­nya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna).Kamus Dewan Edisi Keempat
kerangka1 rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2 garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerangka1. rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2. garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll.Kamus Pelajar
menggambarimemberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangka timbaurangka sambungan (tambahan) pd rangka utama;Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang1 rangka atau bahagian rangka tubuh manusia atau binatang: Di dlm lubang itu, terdapat beberapa kerat ~ manusia. 2 sesuatu yg menyerupai tulang 1 atau yg menyerupai rangka: ~ daun urat pd daun. ~ andas ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dan tulang tukul. ~ belakang a. tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung. b. ki sesuatu yg menjadi pusat kekuatan atau pusat tenaga dlm sesuatu kumpulan dsb. c. ki seseorang yg sangat diharapkan dlm sesuatu kumpulan dll. ~ belikat tulang yg leper dan berbentuk segi tiga pd belikat. ~ belut nama sj jahitan yg umumnya terdapat pd leher baju teluk belanga. ~ bercagak (pengancing) tulang rahang atas. ~ buku bahagian belakang buku. ~ bumbung kayu yg membujur pd bumbung rumah utk menyangga kasau. ~ cenak (selangka) tulang yg melintang yg menghubungkan tulang bahu dgn bahagian atas tulang dada. ~ cenonot tulang sulbi. ~ dada tulang pipih di tengah-tengah dada tempat tulang rusuk bertemu. ~ empat kerat anggota badan, iaitu kaki dan tangan. ~ kemburan tulang pd tapak tangan. ~ kering tulang betis di sebelah hadapan. ~ pengancing tulang bercagak. ~ rahang tulang pd rahang. ~ rakap ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn tulang andas dan tulang tukul. ~ rawan a. tulang muda. b. tulang dada binatang. ~ rusuk tulang yg melengkungi rongga dada. ~ selangka tulang cenak. ~ sulbi bahagian tulang belakang yg di bawah sekali, iaitu pd bahagian punggung. ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh. ~ tongkeng tulang sulbi. ~ tukul ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegendang telinga dan bersendi dgn tulang andas. tinggal ~ dgn kulit sangat kurus. tulang-tulangan 1 segala jenis tulang; rangka tubuh. 2 rangka rumah. bertulang 1 mempunyai tu­lang: Sotong ~ satu. 2 mempunyai rangka atau tulang drpd besi, kayu dll. menulangi membuang tulang (ikan dll). ketu­­lang­an tersangkut atau terlekat tulang di kerongkong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tetulangrangka bentuk rumah, bahagian rangka sesuatu binaan (barang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang1 rangka atau bahagian rangka tubuh manusia atau binatang: Di dlm lubang itu terdapat beberapa kerat ~ manusia.Kamus Pelajar
tulang-tulangan1 segala jenis tulang; rangka tubuh. 2 rangka rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas