Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kai] | رڠکاي

Definisi : beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi ditulis­kan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (meng­hubung­kan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kai] | رڠکاي

Definisi : susunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah rangkai kata "reciprocal arrangement" digantikan dengan rangkai kata "perkiraan timbal balik"? Rangkai kata di atas digunakan dalam konteks cukai di mana dua orang akan membuat peraturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih.Rangkai kata perkiraan timbal balik boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata reciprocal arrangement dalam bahasa Inggeris. Istilah18.11.2008
Bagaimanakah cara untuk menjelaskan perbezaan antra kata majmuk dengan rangkai kataKata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yg mem­punyai satu pengertian dan rangkai kata bermaksud kelompok beberapa kata. Kata majmuk ialah juga rangkai kata tetapi rangkai kata tidak semestinya kata majmuk.Tatabahasa08.12.2011
Rangkai kata masa hadapan boleh tak digandakan menjadi masa- masa depan. Cth semoga semangat ini dpt diteruskan pada masa hadapan atau masa-masa hadapan?Frasa "masa hadapan" boleh digandakan menjadi "masa-masa hadapan", namun penggunaan "masa hadapan" telah memadai.Tatabahasa26.05.2014
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain?Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa.Tatabahasa16.07.2012
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"?membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;.
Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut.
sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan.

Contoh:
membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut.


1. Ali membersihkan sampah itu.
2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali.

Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh.
Tatabahasa08.09.2012
-Yang manakah berikut adalah betul? 1a)hijau, merah, dan ungu 1b)hijau, mearah dan ungu 2a)maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik 2b)maksud rangkai kata itu adalah menanam sifat baik Terima kasih.Yang betul ialah ... hijau, merah dan ungu ... dan maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik dan maksud rangkai kata atau ungkapan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Tatabahasa04.03.2012
perbezaan antara kata majmuk kiasan dengan rangkai kataKata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna seperti rumah tangga dan urus setia. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Ini bermakna dalam rangkai kata mungkin terdapat juga kata majmuk.Tatabahasa30.01.2013
Adakah rangkai kata kehidupan harian dan kehidupan seharian betul? Atau hanya salah satu daripadanya yang betul. Terima kasih.Kedua-dua frasa kehidupan harian dan kehidupan seharian betul. Tatabahasa26.05.2021
Adakah rangkai kata "dikupas dan dibugar" dalam ayat "Langkah tersebut akan dikupas dan dibugar dengan lebih terperinci lagi dalam perbincangan seterusnya" betul penggunaannya?
Perkataan dibugar tidak sesuai digunakan kerana perkataan tersebut bermaksud sangat sihat; kebugaran 1. hal subur (tentang tumbuhan): benih itu lebih besar dan akan tumbuh sebagai pokok-pokok yang rendah dan penuh ~; 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Lain-lain01.02.2018
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin

Saudara,

Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara.

Istilah19.10.2009
12345678910...

Kembali ke atas