Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rangkaian, Sistem, dan KomponenAbdul RazakPelita Bahasa1 November 2000
Rangkaian sosial dalam talianMaslin MasromDewan Kosmik1 January 2009
Rangkaian komunikasi bikomtaPuziah Mohd Dom; Adibah Hj BadrunPelita Bahasa1 December 1992
Rangkaian Musim Bunga IniWan Sharipah Munirah Wan HussainKarya1 May 1998
Rangkaian tanpa wayar (wieless network)TiadaDewan Kosmik1 January 1901
Rangkaian Tiga PintaJihaty AbadiDewan Sastera15 April 1979
Rangkaian Tiga SajakRahimidin ZahariDewan Sastera1 October 1995
Rangkaian Melayu dalam arus globalisasiMohamad Daud MohamadDewan Masyarakat1 December 1996
Rangkaian bahasa dan kebudayaan MelayuAbdul RazakDewan Masyarakat1 December 1996
Rangkaian dialek Melayu di Pulau BorneoSollins, James TJurnal Dewan Bahasa1 August 1991
123

Kembali ke atas