Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekstranetrangkaian komputer yg dapat dicapai sebahagiannya oleh pengguna luar yg dibenarkan, mis jalinan antara sebuah organisasi dgn organisasi lain, utk membolehkan pertukaran maklumat secara selamat melalui InternetKamus Dewan Perdana
eufonikombinasi atau rangkaian bunyi yg harmonis dan sedap didengarKamus Dewan Perdana
e-pembelajarankaedah pembelajaran menggunakan Internet atau rangkaian komputer tanpa bersemuka dgn tenaga pengajar serta tanpa batas masa dan ruang utk mengikuti latihan atau kursusKamus Dewan Perdana
e-tunaitransaksi kewangan elektronik yg dilakukan dlm alam maya melalui rangkaian komputerKamus Dewan Perdana
e-melelectronic mail (mel elektronik). E-mel ialah maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dlm sst rangkaian dgn menggunakan perisian aplikasi melKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas