Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada pantun berbunyi: Bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Apakah maksud 'rangkaian hati'?Rangkaian hati” dalam pantun tersebut boleh membawa pengertian budi bahasa yang dipilih berbanding harta benda atau dibandingkan harta benda, budi bahasa itu jauh lebih bernilai. Makna06.05.2020
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih.

Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian.

Penyemakan dan penterjemahan21.05.2014
Apakah maksud rangkaian perkataan ini "sistem dalaman".Cpntph ayat:Sistem dalaman yang digunakan oleh organisasi untuk memastikan bahawa organisasi berjalan landasan yang betul.Sistem dalaman digunakan oleh organisasi bagi memastikan organisasi berada pada landasan yang betul.Lain-lain01.07.2022
Apakah maksud rangkaian perkataan "sumber peribadi" dalam ayat ini"memiliki kuasa dari sumber peribadi."Mohon puan memberikan ayat contoh yang lebih lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat mengikut kesesuaian konteks.Makna15.06.2022
Antara maksud rangkaian perkataan "organisasi umum " sama dengan organisasi atau tidak?Perkataan organisasi umum dan organisasi mempunyai maksud yang sama, iaitu kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) yang bersistem dalam  sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. Mengorganisasikan, menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian  (orang dan sebagainya) sehingga men­jadi sebuah organisasi. 
Makna19.06.2022
Apakah maksud rangkaian perkataan " taburan data "?Taburan data bermaksud data dalam kuantiti yang berbeza mengikut kesesuaian bidang/skop tertentu.Lain-lain13.06.2022
Apakah maksud rangkaian kata hasil jualan?Hasil jualan ialah pendapatan yang diterima atau akan diterima oleh individu atau sesebuah syarikat daripada penjualan barang atau penyediaan perkhidmatan.Makna17.11.2021
Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok.Makna04.08.2021
Apakah maksud rangkaian kata“jurang pemisah”? Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati (jurang pemisah) antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,hati lain-lain.Jurang pemisah bermaksud hal atau keadaan yang memisahkan antara satu golongan dengan golongan yang lain kerana  berbeza pendapat, agama, fahaman politik  dan lain-lain. Makna02.08.2021
Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan?Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut:
1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak  dan gas.
2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah.
Tatabahasa09.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas