Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANALISIS RANGKAIAN PAIP SISTEM PENGAGIHANRangkaian paip yang bersepadu dan berfungsi mengagihkan gas dari sumber bekalan kepada pengguna.KEJURUTERAANKonsep
POLIMER

Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak

rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak

molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali

sebagai monomer . Monomer bersambung

menjadi rantai melalui proses rangkaian yang

berulang yang dikenali sebagai pempolimeran .

Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu

monomer. Sesetengah polimer wujud secara

semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik.

UMUM 
PERGUNUNGAN ANDES

Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di

atas aras laut yang terpanjang di dunia.

Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh

pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke

Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200

kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara

India dan Tibet yang lebih tinggi daripada

Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes

mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran

keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar

adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa

Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los

Andes , Rangkaian Pergunungan Andes.

UMUM 
PERGUNUNGAN CATSKILL

Pergunungan Catskill membentuk satu

rangkaian gunung separuh bulat di bahagian barat

Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Ia

merupakan salah satu banjaran utama dalam sistem

Pergunungan Appalachian. Pinggir selatan

Pergunungan Catskill terletak kira-kira 65 kilometer

ke barat laut kota New York. Untuk lokasi, lihat New

York (peta fizikal). Panjang rangkaian gunung ini

kira-kira 110 kilometer dan lebarnya 80 kilometer.

Puncak yang paling tinggi ialah Gunung Slide, 1281

meter dan Gunung Hunter, 1227 meter.

UMUM 
METAMORFISME

Metamorfisme ialah rangkaian proses yang

mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme,

saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan

diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin

terbentuk atau mineral yang ada mungkin

bertambah saiznya.

UMUM 
TEROWONG SELAT

Terowong Selat ialah rangkaian kereta api

bawah laut yang menghubungkan United Kingdom

dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu

daripada projek kejuruteraan utama dunia pada

tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong

berkembar itu terdapat terowong landasan kereta

api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api

elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat

jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik

penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan

ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api

penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan

kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen

bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke

terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone,

England , dan di Calais, Perancis.

UMUM 
PLEKSUS

Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian

yang saling terjalin.

UMUM 
SISTEM SARAF

Sistem saraf ialah rangkaian komunikasi dalaman

yang membolehkan haiwan menyesuaikan diri

dengan perubahan dalam persekitarannya. Hampir

kesemua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas,

mempunyai jenis sistem saraf tertentu.

UMUM 
BELL, ALEXANDER GRAHAMTokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefonTEKNOLOGITokoh
SISTEM PEREDARAN

Sistem peredaran ialah satu rangkaian yang

membawa darah ke seluruh badan. Semua haiwan

kecuali jenis yang paling ringkas mempunyai

sistem peredaran.

UMUM 
1234

Kembali ke atas