Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rangkaian cerita jenaka MelayuSyed Ali Tawfik Al-AttasMingguan Malaysia08.07.2007
Rangkaian tv satelit bahasa Malaysia 24 jamTiadaUtusan Malaysia31.10.1995
Rangkaian era FM guna bahasa MelayuTiadaBerita Harian29.07.1998
Rangkaian tv bahasa Arab mulakan operasi di LondonTiadaBerita Harian27.01.1986
Rangkaian Kehidupan iiiMohamad Ghani AbdullahUtusan Zaman15.05.1994
Rangkaian kedai buku DBP-Berita Harian22.01.1988
Rangkaian surat khabar utama Singapura disusunTiadaBerita Harian22.04.1982
Rangkaian Dua SonetaJihaty AbadiUtusan Zaman21.04.1968
Rangkaian maklumat bahasa dan sasteraRaja Masittah Raja AriffinUtusan Malaysia08.11.1994
Rangkaian puisi Al Amin di Dataran Shah AlamIsmas SaringBerita Harian (Sastera dan Budaya)12.07.2000
12

Kembali ke atas