Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1. berjalan dgn ber­tumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti (belajar, membaca, ber­cakap, dll): ada yg tidak dapat membaca sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal dunia; merangkaki 1. mendekati atau meng­ham­piri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; merangkakkan membuat (membiarkan) me­-rang­kak: ~ anak; terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. merangkak-rangkak ki tidak maju-maju; tidak lancar (ketika membaca dll); tersangkut-sangkut: Ada yg tidak dpt membaca sama sekali dan ada pula yg ~. Kereta kami ~ mendaki jalan ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkak
Kata Terbitan : merangkak, merangkak-rangkak, merangkaki,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
plod~ away(at), merangkak-rangkak: he ~ded away at the typewriter for hours to get the article finished, berjam-jam dia merangkak-rangkak menaip utk menyiapkan makalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ploddern<./i>(usu derog), (orang yg) approp v+ merangkak-rangkak: he is one of the ~s of the class,dia salah seorang yg belajar merangkak-rangkak dlm kelas itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plod~ along, ~ on, a. see vi ; b. work slowly at some task,merangkak-rangkak: he ~ded on with his work, regardless of the noise around him,dia merangkak-rangkak membuat kerjanya tanpa menghiraukan bunyi bising di sekitarnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crawln 1. act of moving forward on hands and knees, merangkak; 2. slow progress, merangkak; move at a ~, merangkak: traffic moved at a ~, lalu lintas merangkak; slow to a ~, mula merangkak; 3. (swimming) gaya rangkak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crawlvi 1. (of person) a. (move on hands and knees) merangkak: the baby is ~ing, bayi itu sedang merangkak; b. (move by dragging the body) merayap, menyusup: the wounded soldier ~ed through the long grass, askar yg cedera itu menyusup perlahan-lahan di celah-celah rumput yg panjang; 2. (of snake, worm) menjalar; 3. (of snail, turtle, insect) merayap: a spider ~ed up his arm, labah-labah merayap ke atas lengannya; 4. proceed slowly, merangkak: traffic ~ed along the congested highway, lalu lintas merangkak di sepanjang lebuh raya yg sesak; the hours seemed to ~ by, masa bagaikan merangkak; 5. be swarming with, dikerumuni: the meat is ~ing with maggots, daging itu dikerumuni berenga; 6. (swimming) berenang gaya rangkak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas