Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1. berjalan dgn ber­tumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti (belajar, membaca, ber­cakap, dll): ada yg tidak dapat membaca sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal dunia; merangkaki 1. mendekati atau meng­ham­piri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; merangkakkan membuat (membiarkan) me­-rang­kak: ~ anak; terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka/] | رڠکق

Definisi : ; merangkak 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. merangkak-rangkak ki tidak maju-maju; tidak lancar (ketika membaca dll); tersangkut-sangkut: Ada yg tidak dpt membaca sama sekali dan ada pula yg ~. Kereta kami ~ mendaki jalan ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkak
Kata Terbitan : merangkak, merangkak-rangkak, merangkaki,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frontcrawl pulltarik gaya rangkakSukanTiadaKuak gaya rangkak. Tangan di titik kaut dan membentuk S sehingga tangan keluar dari permukaan air di sisi punggung.
crawlrangkak (P.JAS, SUK), kedutanKejuruteraanTiadaTiada
crawlrangkak (P.JAS, SUK)PendidikanTiadaTiada
crawlrangkak (P.JAS, SUK)SukanTiadaTiada
crawlrangkakKomunikasiTiadaKaedah menyiarkan maklumat dalam bentuk grafik secara pergerakan perlahan sama ada melintang atau menegak pada skrin televisyen atau layar filem. merangkak. Lihat juga: tajuk gulungan.
cat crawlrangkak kucingPendidikanTiadaTiada
crawl catrangkak kucingPendidikanTiadaTiada
caterpillar crawlrangkak ulat buluPendidikanTiadaTiada
frontcrawlgaya rangkakSukanTiadaKedudukan badan meniarap. Tangan lurus ke depan dan mula menguak air hingga ke sisi paha. Kemudian tangan dibawa ke depan dengan siku tinggi hingga diluruskan. Pergerakan dilakukan berselang-seli. Kaki tendang keribas. Sinonim: crawl stroke
back crawlrangkak belakangSukanTiadaSatu gaya renang. Kedudukan badan terlentang. Tangan bermula dari sisi badan, lurus ke atas melepasi bahu dan mencecah air di belakang kepala dan menguak air dengan membengkokkan siku hingga tangan menyentuh paha. Pergerakan tangan dilakukan berselang-seli dan kaki melakukan tendang keribas. Sinonim: backstroke.
123

Kembali ke atas