Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : ; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan; perangkap perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap
Kata Terbitan : merangkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah nama bagi puisi banyak rangkap?Salam. Nama puisi banyak rangkap ialah puisi balada. Bagi pantun banyak rangkap pula dinamakan pantun berkait. Sekian dan wassalam.Lain-lain26.11.2009
Apakah maksud rangkap di bawah untuk Gurindam Dua Belas? Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut termasuklah maknanya dalam pangkalan data kami.Lain-lain06.03.2015
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding?Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat.Tatabahasa23.08.2011
apa itu konsonan rangkapKonsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh,kh,ng dan sy.Tatabahasa01.06.2011
Saya ingin kepastian sebutan pinjaman Bahasa Arab konsonan rangkap yang bermula dengan "th".Adakah sebutannya berbunyi "sa"? Contohnya perkataan thahta.Konsonan rangkap "th" ialah padanan huruf ث  dalam Rumi. Dalam ejaan umum bahasa Melayu huruf tersebut diselaraskan kepada huruf yang selaras bunyinya dalam tulisan Rumi, iaitu huruf "s" dan dibunyikan dengan huruf "s" tersebut seperti dalam ejaan Isnin dan Selasa. Walau bagaimanapun pedoman ini terkecuali bagi perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam, maka hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. contohnya, "thabit" tetap dibunyikan tha (ث ) dalam istilah agama.Tatabahasa21.05.2013
1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan rangkap? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pola suku kata depan, tengah dan belakang ?Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh, kh,ng dan sy. Huruf-huruf ini dikenal pasti melalui lafaz dan ejaan perkataan yang mengandungi huruf-huruf ini. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.Tatabahasa09.11.2009
As salam tuan dan cik di talian, Berdasarkan rangkap sajak di bawah( Sajak Kunci Bahasa, antologi komsas BM Tg 1 kegunaan 2015 bertajuk Kuingin Berterima Kasih) Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah bolehkah kalau maksud sajak ini ditulis Bahasa yang bersopan, akan meninggalkan kesan kepada pendengarnya. Sekian, terima kasih.Pada pandangan kami, rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan bahasa yang indah, tidak menjatuhkan maruah dan menyakiti orang, sebaliknya bahasa yang bersopan dapat meninggalkan kesan positif kepada pendengar.Lain-lain26.11.2014
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010
Soalan Pantun Bagaimanakah membina pantun ‘Apa tanda kain pelekat,raginya halus dibentang lebar,apa tanda pemimpin rakyat,budinya halus orangnya sabar’.Minta memberikan satu ayat Manakala apakah tajuk sesuai digunakan ?Untuk makluman tuan/puan, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.

Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bagi pantun emapat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.

Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir berbentuk "a,a". Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk "a,b,a,b"

Biasanya, setiap baris dalam pantun mempunyai empat  hingga lima perkataan, dan lapan hingga 12 suku kata.

Contoh pantun yang diberikan di atas boleh digunakan dan cadangan tajuk yang sesuai ialah Pemimpin Berjiwa Rakyat.
Sastera13.01.2021
123456789

Kembali ke atas