Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.jau] | رنجاو

Definisi : 1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri dan ~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di laut): ~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana melanggar ~ laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan memusnahkan ranjau laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk mencelakakan orang, tipu daya; ~ lapuk tipu muslihat yg tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup; ~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg menyekat kebebasan akhbar; duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll); meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll): anak duri ~ tapak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.jau] | رنجاو

Definisi : 1 benda yg tajam hujungnya yg dipasang di tanah utk melukai orang: Kami terpaksa melalui jalan yg penuh dgn duri dan ~. 2 bom yg ditanam di darat atau yg dipasang di laut utk membinasakan (kapal dll) musuh: Banyak kapal yg tenggelam kerana terlanggar ~ laut. 3 = ~ hidup kesusahan yg ditempuh dlm hidup: Ia orang tua yg banyak pengalaman dan telah menempuh segala ~ hidup. meranjau 1 memasang ranjau. 2 melukai kaki dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranjau (kata nama)
1. Dalam konteks jerat
bersinonim dengan suda, sungga,

2. Bersinonim dengan dugaan: halangan, ujian, rintangan, hambatan, galangan, kesulitan, kesukaran, kepayahan, kesusahan, kerumitan,

3. Bersinonim dengan tipu daya: muslihat, putar belit, gabal, dalih, helah,

Kata Terbitan : meranjau,

Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antirecovery device (mine)peranti antiperoleh (ranjau)PelayaranTiadaAlat yang dibina bersama ranjau letupan agar meletup bila diganggu.
isotopic spikeranjau isotopGeologiTiadaTiada
magnetic mineranjau magnetKejuruteraanTiadaTiada
local colour / regional literaturewarna setempatKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan budaya setempat dari segi sejarah, bahasa, adat resam, pakaian, dan sikap termasuk bentuk geografi. Contohnya Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
ideographideografKesusasteraanTiadaTanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram.
backgroundlatarKesusasteraanTiadaRuang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan.
hybridizationpengacukanKesusasteraanTiadaAdunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi.
implied readerpembaca tersiratKesusasteraanTiadaPembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani.
proletarian literaturesastera proletarianKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
regionalismkedaerahanKesusasteraanTiadaSemangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak.
12

Kembali ke atas