Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan butik dalam erti kata bahasa melayubutik bermaksud kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb).Makna11.11.2007
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. Sebab : butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin & sebagainya. Kami ingin memberitahu bahawa kedai kami adalah menjual jam tangan lelaki dan perempuan sebagai hiasan. Tetapi kebanyakkan jam tangan kami adalah untuk wanita sebagai hiasa badan mereka. Sila timbangkan dan luluskan pemohonan kami. Sekian terima kasihSila kemukakan semula iklan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan kemas kini (dengan mengekalkan nombor) permohonan tuan.Lain-lain20.01.2015
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQJawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu.Tatabahasa25.03.2012
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. 1) Apakan beza antara butik dengan kedai ? 2) Adakah butik tidak boleh digunakan mulai tahun 2015? Sila nasihat kami. Sekian terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin dan sebagainya. Oleh itu, butik tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Sila tukar kepada Kedai Jam dan hantar semula untuk pengesahan.Lain-lain13.01.2015
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas