Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : bahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Puisi
 

Ambil galah jolokkan ranting,
     Jatuh sebiji di tepi kota;
Kalau tidak hutan berkeliling,
     Hari-hari bertentang mata.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Di mana ranting dipatah,
     di situ air disauk.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
twig1n ranting: the ~ snapped and the bird flew away, ranting itu patah dan burung itu terbang; they gathered dry ~s and started a fire, mereka memungut ranting-ranting kering utk membuat api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
littervt clutter, be scattered on, berselerak di: broken twigs and dry leaves ~ed the pavement, ranting-ranting patah dan daun-daun kering berselerak di laluan jalan kaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tindern dry, inflammable material, kawul, rabuk: he used dry sticks as ~ to start the camp fire, dia menggunakan ranting-ranting kering sbg rabuk utk menghidupkan unggun api itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
split ~ st off, mematahkan sst; (of storm, lightning) menyebabkan sst /sekah, patah/: she ~ off some pieces of dry twigs to build a fire, dia mematahkan ranting-ranting kering utk menghidupkan api;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snapn 1. sound of sudden sharp crack, derakan, detapan, bunyi /derak, detap, kertak/: the ~ of breaking twigs warned him that he was being followed, derakan ranting-ranting patah memberi amaran kepadanya bahawa ada orang mengekorinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
build~ st out of, /membina, membuat/ sst drpd: they built their house out of wood, mereka membina rumah mereka drpd kayu; the birds ~ their nests out of twigs, burung-burung itu membuat sarang drpd ranting-ranting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catchvi 1. become entangled, tersangkut: her long scarf caught in the branches, selendangnya yg panjang itu tersangkut pd ranting; 2. be, get wedged in, tersepit, terapit, terkepit: her finger caught in the door, jarinya tersepit pd pintu; 3. ignite, menyala: the kindling caught immediately, ranting-ranting itu segera menyala; 4. (of fire) menyala; 5. become fastened, terkancing, masuk: the latch did not ~, selak itu tdk terkancing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rantingn gembar-gembur: I won’t listen to your ~s, saya tdk mahu dengar gembar-gembur kamu lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dendriticn dendritik, (bentuk) ranting: ~ drainage pattern, saliran bentuk ranting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brokenadj 1. shattered, pecah: a ~ windscreen, cermin depan yg pecah; a ~ cup, cawan yg pecah; a piece of ~ /glass, metal, etc/, serpihan /kaca, logam, dll/; 2. severed, putus: the detectives examined the ~ rope, mata-mata gelap memeriksa tali yg putus itu; a ~ light beam, alur cahaya yg putus; he tried to repair their broken relationship, dia mencuba memulihkan hubungan mereka yg putus; 3. snapped, fractured, patah: a badly ~ arm, tangan yg patah teruk; one of the table’s legs is ~, salah satu drpd kaki meja itu patah; the gardener cleared away the ~ branches, tukang kebun itu membuang ranting-ranting yg patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas