Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : bahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Puisi
 

Ambil galah jolokkan ranting,
     Jatuh sebiji di tepi kota;
Kalau tidak hutan berkeliling,
     Hari-hari bertentang mata.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Di mana ranting dipatah,
     di situ air disauk.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
borenggeh[b.ÄEN.gEh]kata kerjabertenggek lama (tentang burung).Dah konyang punai tu makan, sumoe borenggeh kek ranting-ranting.[dAh k.øAN pu.nAj tu mA.kAn su.m.E b.ÄEN.gEh kE/ ÄAn.tiN ÄAn.tiN]Sudah kenyang punai itu makan, semuanya bertenggek di ranting-ranting.
bojerangkeh[b.dZ«.ÄAN.keh]kata kerjaberselerak dan berceracak biasanya merujuk ranting-ranting pokok.Orang tak goma mongaie kek tasik ulu muwa, soba kayu bojerangkehan dalame.[.ÄAN tA/ g.mA m.NAj.E kE/ tA.si/ u.lu mu.wA s.bAb kA.ju b.dZ«.ÄAN.keh.An dA.lAm.E]Orang tidak gemar mengail di Tasik Ulu Muar kerana kayu berselerak dan tajam di dalamnya.

Kembali ke atas