Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : bahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Puisi
 

Ambil galah jolokkan ranting,
     Jatuh sebiji di tepi kota;
Kalau tidak hutan berkeliling,
     Hari-hari bertentang mata.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Di mana ranting dipatah,
     di situ air disauk.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
biasan antara mata kiri dengan mata kanan. Keadaan ini boleh diperbaik dengan kanta biasa. (UBAT) anisomorpha (anisomorfa) Kumpulan serangga yang mengalami metamorfosis dengan ciri yang berubah- ubah. Contohnya, genus belalang ranting besar yang tidak bersayap (Phasmi- dae). (BIO) anisospory (anisospori) Pembiakan yang melibatkan pembentukan spora yang mempunyai bentuk, warna dan seks yang berbeza oleh kulat yang sama. Contohnya, pembiakan pada Bulgariaceae berpunca daripada percubaan pengguna menggubah kenyataan dalam bentuk yang lain daripada cara kenyataan tersebut seharusnya diguna- kan dalam atur cara. (KOM) compost (kompos/baja kompos) Bahan organik seperti daun dan ranting pokok yang tertimbun, dan diuraikan oleh organisma pengurai. Bahan ini berguna sebagai baja untuk tumbuh-tum- buhan. Kompos menyerupai humus yang terbentuk akibat penguraian semula, menjadi bahan buangan. (BIO) compound

Kembali ke atas