Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : bahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Puisi
 

Ambil galah jolokkan ranting,
     Jatuh sebiji di tepi kota;
Kalau tidak hutan berkeliling,
     Hari-hari bertentang mata.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Di mana ranting dipatah,
     di situ air disauk.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tuar I1. sj lukah drpd ranting-ranting berduri (utk menangkap ikan sungai); 2. Mn ranting-ranting kayu dll yg didirikan di bendang utk menakutkan burung; bagai haruan di dlm ~ prb tidak tetap keadaannya (selalu sakit atau susah).Kamus Dewan Edisi Keempat
reba1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang, semak-semak kecil; 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah dipotong dan di­longgokkan di satu tempat.Kamus Dewan Edisi Keempat
sawar1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). 2 semacam belat yg dibuat drpd duri dll utk melorongkan binatang masuk perangkap atau ikan masuk lukah. menyawar memasang sawar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rangsang IIIMn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-ranting kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak dapat dipanjat orang).Kamus Dewan Edisi Keempat
sawar1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll).Kamus Pelajar
mengomposbertukar menjadi kompos: lama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengayun1 = berayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari).Kamus Pelajar Edisi Kedua
repuhanhutan muda atau belukar; 2. Kd sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu).Kamus Dewan Edisi Keempat
gunting pokokgunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
repuh muda= repuhan hutan muda atau belukar; 2. Kd sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas