Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.ting] | رنتيڠ

Definisi : bahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Puisi
 

Ambil galah jolokkan ranting,
     Jatuh sebiji di tepi kota;
Kalau tidak hutan berkeliling,
     Hari-hari bertentang mata.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Di mana ranting dipatah,
     di situ air disauk.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enggang lalu ranting patah.Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah.Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tampak ranggas takkan meleting.Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas