Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku ter­susun ~ dlm almari; semua pegawai bekerja­sama dgn ~; 3. serba beres, serba selesai, ha­bis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; per­paduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal dgn ~ utk men­cegah drpd digunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan; merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya; merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyem­pur­na­­kan: dirapikannya pakaian suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah sains; kerapian perihal rapi: sajak itu di­maksud­kan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; di­susun bantal-bantal itu dgn penuh ~; perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan; perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk menjadikannya lebih lem­but. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pi] | راڤي

Definisi : 1 bersih dan elok: Wajahnya ~ dan manis. 2 teratur baik-baik; kemas: Buku-buku tersusun ~ dlm almari. 3 kukuh: Pintu rumah berkunci ~. 4 (semuanya) beres dan kemas kini: Semua urusan pejabat dikendalikannya dgn ~. 5 (semuanya) siap sedia dan tidak ada yg dicuaikan: Rumah Perdana Menteri sentiasa dikawal ~ siang dan malam. merapikan mengatur atau menyusun supaya rapi; mengemaskan; menyelesaikan: Ia membantu emaknya ~ bilik tidur. kerapian keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. perapian proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. perapi bahan yg merapikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapi
1. Bersinonim dengan kemas
( cermat, teliti, sempurna, memuaskan, baik, bagus, elok, senonoh, apik, kemin, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan rapat
( kemas, ketat, )
(adverba:)

Kata Terbitan : merapikan, kerapian,

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Berkait rapi dengan sastera tradisiTiadaBintang Timur22.10.1979
Persiapan rapi sebelum ke dewan peperiksaanSulaiman MasriUtusan Malaysia22.08.1995
Kajian lebih rapi mengenai tamadun Melayu penting - MahathirTiadaUtusan Melayu12.11.1986
Benang-benang halus dipintal rapiTiadaHarian Nasional18.10.1984
Perdana Menteri yang paling terkawal rapiZabhaUtusan Melayu30.05.1985
Usaha majukan bahasa perlu perancangan rapiNik Safiah KarimUtusan Malaysia11.12.1987
Pesta Pantun: Selangor buat persiapan rapiMohd. Feroz Abu BakarBerita Harian16.10.2000
Pelajaran sastera Melayu perlu dilaksana lebih rapiTiadaBerita Harian23.08.1983
Putu Wijaya menulis " Stasiun" dengan perencanaan yang rapiIsa ZaidiUtusan Zaman08.03.1981
DBP puashati pengedaran buku-buku teks berjalan rapiTiadaBerita Harian10.02.1979

Kembali ke atas