Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak per­minta­annya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~? merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pe­nga­­rang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1 mengikut fikiran yg baik (sihat): Masalah itu perlu difikirkan secara ~. 2 alasan yg wajar bagi sesuatu perbuatan, tindakan dsb: Berikan ~ mengapa kamu bertindak demikian. merasionalkan menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. kerasionalan keadaan atau hal rasional: ~ alasan itu masih dipertikaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasional
1. Bersinonim dengan wajar
( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan alasan
( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : merasionalkan, kerasionalan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rationaladj 1. of, having, based on reasoning, rasional: a ~ analysis of the problem, analisis rasional masalah itu; a ~ being, manusia yg rasional; 2. sane, waras: the patient has ~ periods, pesakit itu ada masa-masa warasnya; 3. (math) nisbah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrationaladj 1. (of person, behaviour) lacking or not showing usual powers of reason, coherence, tdk rasional: he behaved in an ~ manner after taking the drug, dia berkelakuan tdk rasional selepas memakan ubat itu; her delirium caused her to become ~, keadaan delirium menyebabkan dia menjadi tdk rasional; 2. not in accordance with reason, illogical, tdk /rasional, munasabah, masuk akal/: an ~ statement, kenyataan yg tdk rasional; such fears are quite ~, perasaan takut begitu agak tdk munasabah; 3. (math) tak nisbah: ~ numbers, nombor tak nisbah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rationalen rasional: what is the ~ for capital punishment?, apakah rasional mengadakan hukum bunuh?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rationalize, rationalisevt 1. explain on rational grounds, memberi rasional thdp: it’s impossible to ~ faith, tdk mungkin utk memberi rasional thdp kepercayaan; 2. make a business etc more efficient, merasionalkan: the need to ~ the rural industries, keperluan utk merasionalkan industri-industri luar bandar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irrationalityn keadaan [sso yg] tdk rasional.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rationalization, rationalisationn 1. giving of a rational explanation, memberi rasional, rasionalisasi; 2. organization of a business etc to obtain efficiency, perasionalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obtrude~ /on, upon/, mengganggu: unreasonable doubts kept obtruding upon my attempts to act rationally, rasa curiga yg bukan-bukan sering mengganggu usaha saya utk bertindak secara rasional; ~ os /on, upon/, mengganggu: the question of time constraint ~d itself upon our plans, persoalan kekangan masa mengganggu rancangan kami; she hesitated to ~ herself on the bereaved family, dia teragak-agak utk mengganggu keluarga yg sedang berdukacita krn kematian salah seorang ahlinya; ~ st /on, upon/, memaksakan sst: I wish he would not ~ his opinions upon our discussion, saya harap dia tdk akan memaksakan pendapatnya dlm perbincangan kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas