Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak per­minta­annya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~? merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pe­nga­­rang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.sio.nal] | راسيونل

Definisi : 1 mengikut fikiran yg baik (sihat): Masalah itu perlu difikirkan secara ~. 2 alasan yg wajar bagi sesuatu perbuatan, tindakan dsb: Berikan ~ mengapa kamu bertindak demikian. merasionalkan menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. kerasionalan keadaan atau hal rasional: ~ alasan itu masih dipertikaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasional
1. Bersinonim dengan wajar
( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan alasan
( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : merasionalkan, kerasionalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha?Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darabkadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut.Makna12.03.2024
Apakah rasional memadankan blogger dengan pemblog dalam bahasa Melayu? Bukankah jika kita turuti tatabahasa Melayu, blog yang satu suku kata jika diberi imbuhan pe- menjadi pengeblog? Sama seperti pengebom.Istilah yang dibina oleh pakar bidang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Binaan istilah pemblog sama seperti pembrek dan pemblok. Ulasan yang dapat diberikan ialah binaan istilah seperti pemblog, pembrek dan pemblok lebih mesra dengan sebutan dalam Bahasa Melayu, tidak seperti pengeblog, pengebrek dan pengeblok. Jika tuan berminat untuk membuat kajian tentang binaan kata, silalah berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Tatabahasa09.02.2019
(1) Rasional berhubung penggunaan "peroleh" tanpa "i" manakala "didapati" boleh menggunakan "i". (2) Perbezaan antara "skop" dan "spesifikasi". adakah perbezaan antara keduanya. (3) Istilah "berkuat kuasa"..kenapa perlu dua perkataan. adakah perkataan "berkuat" itu boleh tersendiri.. Segala perhatian amat dihargai. TK1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) 2. Perkataan skop dan spesifikasi ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Skop bererti bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup. Spesifikasi bererti butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.3. Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ada beberapa kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum. Contohnya:tandatangan, tanggungjawab.  Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum. Contohnya: Kuat kuasa, berkuat kuasa, dikuatkuasakan.  Tatabahasa01.06.2011
Apakah rasional imbuhan perubahan ejaan jawapan kepada kata dasar jawab apabila diimbuhkan dengan imbuhan 'an'? Sepatutnya ejaannya ialah jawaban. Terima kasih.Kata terbitan jawab + imbuhan an menjadi jawaban atau jawapan. Jawaban mengikut proses yang biasa (jawab + imbuhan an), sedangkan apabila menyebut huruf b tidak dibunyikan sebaliknya huruf p lebih jelas dibunyikan, jawapan.  Tatabahasa28.05.2009
Salam, apakah rasional yang tidak boleh menggunakan perkataan berimbuhan "diperolehi" yang sepatutnya "diperoleh"?Awalan diper- bergabung dengan kata akar oleh menerbitkan perkataan diperoleh.Tatabahasa11.03.2012
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ?

1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18

2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras  

Makna11.11.2011
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK

1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat.

2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama).

3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca.

Tatabahasa07.07.2009
rasionalize, rationalisemerasionalkan - (memberi rasional)Lain-lain11.02.2009
Saya ingin memohon Lesen Tadika. Pihak berkenaan hendaklah saya memberikan rasional pilihan nama " Tadika Cendana Jaya", dan hendaklah berkenaan dengan perkembangan murid murid di tadika saya.

Cendana ialah nama sejenis tumbuhan atau pokok dan nama ini tidak pernah dikaitkan dengan ilmu atau pendidikan. Kami cadangkan puan menggunakan nama lain yang sinonim atau sering dikaitkan dengan ilmu dan kanak-kanak seperti Bestari, Berjaya, Cerdik, Ceria, Cemerlang, Tunas Bestari dan sebagainya. 

Tatabahasa01.11.2010
Bolehkah saya tahu bagaimana 'ketersauran' menjadi istilah padanan untuk 'feasibility'. Ini ciptaan DBP, seharusnya ada rasional dan etimologinya serta pencipta istilah tersebut.Penciptaan sesuatu istilah oleh DBP melalui pelbagai proses etimologi dan diputuskan oleh pakar-pakar bahasa yang bertauliah.Lain-lain30.04.2019
123

Kembali ke atas