Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.suah] | رسواه

Definisi : pemberian utk menumbuk rusuk (me­nyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~; merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu; perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.suah] | رسواه

Definisi : 1 perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll). 2 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan: Dia dipecat kerana menerima ~ sebanyak RM5,000/-. perasuah orang yg memberi rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasuah (kata nama)
Bersinonim dengan tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi, rayap;,
Kata Terbitan : merasuahi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASUAH

Rasuah ialah perbuatan memberi atau

menawarkan sesuatu yang berharga kepada

seseorang yang mempunyai kedudukan yang

dipercayai sebaliknya melanggar tugas, atau

undang-undang untuk memberi faedah kepada

pemberi rasuah.

UMUM 
AMALAN RASUAH

Amalan rasuah ialah teknik yang tidak beretika

yang digunakan oleh ahli politik untuk

mendapatkan faedah politik dalam sesuatu pilihan

raya.

UMUM 
PERANG RUSIA-JEPUN

Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun

sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam

peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas

hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari

rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan

hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun

1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari

1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga

dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang

ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian

Portsmouth ditandatangani.

UMUM 
MACAPAGAL, DIOSDADO

Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat

sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga

1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang

jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan

rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha

memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal

dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia.

UMUM 
ACTON, LORD

Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah

seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an.

Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah

buku berpengaruh Cambridge Modern History .

Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana

kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya.

Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power

tends to corrupt, and absolute power corrupts

absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah,

dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak).

UMUM 
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM 
MIKI, TAKEO

Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974

hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai

Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan

jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976.

Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal-

Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet

(Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang

lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu.

Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang

jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan

Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan

ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti

tersebut.

UMUM 
BRECHT, BERTOLT

Brecht, Bertolt juga dieja Bertold (1898–1956)

ialah dramatis Jerman yang penting. Brecht

cuba menunjukkan bahawa pengaruh sosial

boleh menentukan sifat manusia, dan keburukan

kapitalisme boleh membuatkan orang miskin

menjadi kejam dan orang kaya mengamalkan

rasuah.

UMUM 

Kembali ke atas