Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.su/] | راسوق

Definisi : kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga gelegar tempat di­pasang lantai); gar-gar kata pelantar, ~ juga yg me­nahan­nya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : ; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orang­nya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajaran­nya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): ber­bagai-bagai fikiran datang ~ hatinya ter­utama fikiran hendak men­ceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : kayu panjang yg dipasang dr tiang ke tiang utk menyangga gelegar dan utk menguatkan berdirinya rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : ; merasuk masuk ke dlm tubuh manusia (bkn hantu, jin dll): Mereka terjerit-jerit dan meraung bagaikan dirasuk hantu. kerasukan kemasukan (hantu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasuk
Kata Terbitan : merasuk, kerasukan,

Peribahasa

Apa peduli pada kukuran,
     nyiur juga yang akan habis.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa?

Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang:

i.    Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung.

ii.   Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung.

iii.  Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang.

Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan.
Istilah01.05.2017
Apakah maksud peribahasa alang bodoh, menanggung rasuk? Terima Kasih.

Frasa "alang bodoh, menanggung rasuk" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Apakah benar frasa ini adalah peribahasa kerana tidak ada dalam senarai Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.

Lain-lain21.08.2011
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi istilah 'haunch', 'eaves', rafter' & 'raft' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam?1. Dalam data kami, terdapat istilah haunch (road) dan padanan bahasa Melayu bagi haunch (road) ialah rasuk (jalan) yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.

2. Perkataan eaves dalam bahasa Melayu ialah cucur atap.

3. Perkataan rafter dalam bahasa Melayu ialah kasau.

5. Manakala perkataan bahasa Melayu untuk raft pula ialah rakit.

Puan boleh rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2014

Kembali ke atas