Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.su/] | راسوق

Definisi : kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga gelegar tempat di­pasang lantai); gar-gar kata pelantar, ~ juga yg me­nahan­nya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : ; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orang­nya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajaran­nya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): ber­bagai-bagai fikiran datang ~ hatinya ter­utama fikiran hendak men­ceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : kayu panjang yg dipasang dr tiang ke tiang utk menyangga gelegar dan utk menguatkan berdirinya rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.su/] | راسوق

Definisi : ; merasuk masuk ke dlm tubuh manusia (bkn hantu, jin dll): Mereka terjerit-jerit dan meraung bagaikan dirasuk hantu. kerasukan kemasukan (hantu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasuk
Kata Terbitan : merasuk, kerasukan,

Peribahasa

Apa peduli pada kukuran,
     nyiur juga yang akan habis.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pretensioningprateganganKejuruteraanTiadaProses mempratuang rasuk-rasuk konkrit dengan dawai-dawai tertegang terbenam di dalamnya.
laggingbebatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapan yang dipasang di antara rasuk-rasuk penegang di sekeliling kawasan pengorekan untuk menahan keruntuhan tanah.
plastic analysisanalisis plastikKejuruteraanTiadadan untuk menentukan kedudukan engsel-engsel plastik bagi rasuk-rasuk elastoplastik. Sinonim: analisis had.
laminated beamrasuk kayu lapisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRasuk kayu yang terdiri daripada dua kepingan kayu atau lebih, yang dipelekat, dipaku atau dicantumkan bersama, dengan arah iranya selari dengan arah panjang rasuk. Rasuk jenis ini dapat dihasilkan daripada kayu berukuran kecil.
continuitykesinambungan; keselanjaranKejuruteraanTiada1. Penyambungan lantai kepada rasuk, dan rasuk kepada rasuk yang lain atau kepada tiang, yang dilakukan dengan baik sehinggakan kedua-duanya melentur bersama-sama apabila ditindaki beban dan, dengan sebab itu, saling mengukuhi.,2. Kewujudan laluan tak terganggu bagi arus dalam sesuatu litar.,3. Helaian yang disediakan untuk digunakan dalam persembahan lisan bagi siaran radio.
distribution ribrasuk agihanKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang berkedudukan selari dan bersudut tepat dengan rasuk utama. Rasuk ini membolehkan pengagihan beban tumpu.
secondary beamrasuk sekunderKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang disokong oleh rasuk utama dan tidak disokong secara terus oleh tiang ataupun dinding. Rasuk ini digunakan untuk mengagihkan beban lantai serta menambah ketegaran rasuk utama.
transverse vibrationgetaran lintangMekanikGunaan(bagi rasuk) Gerakan rasuk yang diperihalkan berdasarkan sesaran setiap unsur paksi rasuk itu, diukur serenjang dari kedudukan min paksi yang berkenaan. Secara matematik; selesaian bagi persamaan ini memberikan bentuk terpesong rasuk ini serta frekuensi tabii bagi sesuatu ragam getaran yang berkenaan. Fenomena ini juga disebut pemusaran aci.
tee-beamrasuk TKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang terletak di rentang tengah bagi sistem pembinaan rasuk berbilang rentang. Rasuk ini digunakan untuk beban daripada lantai konkrit di-situ.
tee-beamrasuk TKejuruteraanTiadaRasuk berbentuk T yang terletak di rentang tengah dalam sistem pembinaan rasuk berbilang rentang. Rasuk ini digunakan untuk menanggung beban lantai konkrit tuang di situ.
12345678910...

Kembali ke atas