Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.su.lul.lah] | رسول الله

Definisi : Ar gelaran khas bagi Nabi Mu-hammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasulullah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
Assalamualaikum, "Berpegang kepada sabda Rasulullah" atau "Berpegang pada sabda Rasulullah"? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Berpegang pada sabda Rasulullah".Tatabahasa27.03.2024
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
1) Adakah kata gantinama Tuan untuk Nabi s.a.w sesuai dimulakan dengan huruf besar? 2) Bolehkan mulakan ayat selepas noktah dengan perkataan 'kerana' atau 'dan'?Kata ganti nama yang sesuai untuk Nabi SAW ialah Rasulullah/Ya Rasulullah. Kata ganti nama Tuan tidak digunakan untuk Nabi SAW.

Kerana ialah kata hubung yang menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian. Oleh yang demikian, kerana tidak digunakan dalam permulaan ayat selepas noktah. Perkataan dan pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat  kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek.
Tatabahasa06.02.2019
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP.

DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam  visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 
1. Keterangan aktiviti perniagaan  contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan.
2. Nama kedai HABIB ULUNG
3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A)
Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Lain-lain29.10.2018
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ?Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis.Ejaan12.04.2012
Assalamualaiku, bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya? Mengapakah dalam buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith oleh DBP menggunakan tanda baca sebegitu? Contoh: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka." Soalan saya, mengapakah digunakan tanda noktah bertindih selepas Rasulullah SAW bersabda? Mengapa tidak digunakan koma. Hujah saya, kerana selepas itu disusuli dialog/petikan kata/hadis. Atau adakah sebab tertentu yang boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith merupakan buku terbitan Kementerian Dalam Negeri bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa26.11.2019
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
Saya ada bertanya berkaitan penggunaan perkatan "Paduka Tuan" untuk merujuk kepada kata diri kedua kepada Rasulullah, serta penggunaan inderaloka bagi menggantikan "syurga" pada 5/9/2023. setakat 20/9 masih belum berjawab. terima kasih.Untuk makluman puan, solan puan telah dijawab oleh pegawai dan kami memohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. Kami juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kesalahan ejaan pada perkataan "Rasulullah". Tatabahasa20.09.2023
123

Kembali ke atas