Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rat;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bahasa inggeris,onomatopoeia bagi hentakan kaki adalah tip-tap-tap,rat-a-tat-tat & clip-clop.Apakah istilah yang tepat dalam bahasa melayu?

Untuk makluman puan, tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi hentakan kaki dalam bahasa Melayu. Ejaan perkataan bagi bunyi tersebut boleh disesuaikan mengikut kreativiti penulis.

Ejaan03.04.2022
yang mana lebih tepat - aturcara atau agenda?Agenda bermaksud susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;

Manakala atur cara bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll).
Ejaan11.02.2014
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012
sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannyaAyat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum.Tatabahasa24.09.2007

Kembali ke atas