Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata;

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
permukaan rataflat surfacePermukaan yang mendatar atau tidak melengkung. Lihat ContohSekolah Rendah
satahplanePermukaan rata yang memanjang dalam semua arah dan bersifat dua dimensi.Menengah Atas
bentangannetBentuk rata yang diperoleh dengan membuka lipatan permukaan bentuk tiga dimensi. Lihat ContohSekolah Rendah
satahplaneSatu permukaan rata dalam semua arah dan bersifat dua dimensi.Menengah Rendah
permukaan melengkungcurved surfacePermukaan yang tidak rata. Lihat rajahMenengah Atas
kubuscubePepejal yang mempunyai 6 permukaan rata yang kesemuanya berbentuk segi empat sama. Lihat ContohMenengah Rendah
kuboidcuboidPepejal yang mempunyai 6 permukaan rata yang berbentuk segi empat tepat. Lihat ContohMenengah Rendah
bahagidivideKaedah mengagihkan suatu nilai secara sama rata. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol รท. Aras purata permukaan laut berbanding dengan permukaan daratan. Lihat ContohMenengah Rendah
silindercylinderBentuk tiga dimensi yang mempunyai dua permukaan rata dan satu permukaan melengkung. Lihat ContohSekolah Rendah
permukaan melengkungcurved surfacePermukaan yang melengkok dan tidak rata. Lihat ContohSekolah Rendah
12

Kembali ke atas