biography | biografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi. |
political conflict | konflik politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertentangan politik antara individu, kelompok atau organisasi kerana kepentingan yang berbeza. Konflik boleh meletus apabila wujud perselisihan yang tidak dapat dibendung berkembang menjadi konflik yang lebih serius. Konflik pada peringkat krisis hanya melibatkan berbalas kenyataan dan tindakan memboikot. Namun apabila keadaan ini tidak berubah, konflik boleh menjadi lebih besar dan serius kepada peperangan atau konflik terbuka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan konflik seperti perebutan sumber yang terhad, perbezaan etnik dan kelas serta faktor ideologi. Namun rata-rata kesemua asas konflik ini dapat dirumus sebagai pertentangan kepentingan. |
local colour | warna setempat | Kesusasteraan | Tiada | Perincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak. |
pro rata | pro rata | Undang-undang | Tiada | Tiada |
pro rata | pro rata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pengagihan jumlah insurans di bawah satu polisi di antara beberapa objek atau tempat yang dilindungi mengikut kadar nilai harta atau jumlah tercatat. |
flat-floored valley | lembah dasar-rata/lurah dasar-rata | Geologi | Tiada | Tiada |
delta plain | dataran delta | Geografi | Tiada | Permukaan rata atau hampir rata yang membentuk bahagian delta yang luas, yang menghadap daratan; dataran aluvium yang dicirikan oleh pencapahan dan pendwicabangan alur berulang, alur cawangan berganda, dan lembangan banjir antara cawangan. |
delta plain | dataran delta | Geologi | Tiada | Permukaan rata atau hampir rata yang membentuk bahagian delta yang luas, yang menghadap daratan; dataran aluvium yang dicirikan oleh pencapahan dan pendwicabangan alur berulang, alur cawangan berganda, dan lembangan banjir antara cawangan. |
two way flat slab | papak rata dua hala | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Papak rata daripada konkrit yang tiangnya menyokong secara langsung papak dua hala, sementara kedua belah permukaannya adalah rata. |
pro rata cancellation | pembatalan pro rata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembatalan kontrak insurans di bawah satu polisi atau bon dengan premium yang dikenakan mengikut jangka masa polisi berkuat kuasa. |