Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokse[k/.se]kata adjektiftidak tentu arah, merata-rata.Kulek pise tu jange dok tohok kokse.[ku.le/ pi.sE tu dZA.NE d/ t.h/ k/.se]Kulit pisang tu janganlah dibuang merata-rata.
jajak[dZA.dZA/]kata kerjaberjalan ke merata-rata tempat, menjelajah, mengembara.Seli jajak nak-nak keda sebelom diyo beli baju tu.[s«.li dZA.dZA/ nA/.nA/ k«.dA s«.b«.lom di.j b«.li bA.dZu tu]Rusli menjelajah setiap kedai sebelum beli baju tu.
kemboh[k«m.bh]kata adjektifberkenaan sesuatu dalam keadaan bertaburan di merata-rata tempat, berselerak.Tak dok ore tino ko drumoh diyo, napok kemboh sokmo.[tA/ d/ .ÄE t:i.n k dÄu.mh di.j nA.p/ k:«m.bh s/.m]Tak ada orang perempuankah di rumah dia, nampak sentiasa berselerak.
gligoh[gli.gh]kata adjektifberkenaan kayu, mata pisau dan lain-lain yang tidak rata, tidak licin, bergerigi, berkerutu.Bate kayu tu gligoh srupo mato gaji.[bA.tE kA.ju tu gli.gh sÄu.p mA.t g:A.dZi]Batang kayu tu bergerigi seperti mata gergaji.

Kembali ke atas